Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma dilucut anugerah keselamatan, kesihatan kerana bohong mengenai rekod kes kecederaan

Nov 25, 2024 | 7:52 PM
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mentakrifkan kecederaan ringan sebagai kecederaan tidak serius yang memerlukan pekerja diberi cuti sakit atau tugas lebih ringan.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mentakrifkan kecederaan ringan sebagai kecederaan tidak serius yang memerlukan pekerja diberi cuti sakit atau tugas lebih ringan. - Foto ST

Sebuah syarikat telah dilucutkan satu anugerah keselamatan dan kesihatan serta dilarang menyertai edisi akan datang anugerah itu selepas didapati berbohong mengenai rekod kes kecederaan di tempat kerjanya.

Syarikat itu telah mengisytiharkan bahawa tiada kecederaan di tempat kerja berlaku di salah satu tapaknya pada 2023, sedangkan dua kecederaan ringan telah berlaku di tapak tersebut pada tahun itu.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mentakrifkan kecederaan ringan sebagai kecederaan tidak serius tetapi memerlukan pekerja diberi cuti sakit atau tugas lebih ringan.

Sekiranya syarikat itu telah mengisytiharkan kecederaan tersebut, ia tidak akan diberikan Anugerah Pengiktirafan Keselamatan dan Kesihatan untuk Projek (Sharp), kata Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya pada 23 November.

Ketika ditanya oleh The Straits Times (ST), majlis itu enggan menamakan syarikat tersebut tetapi berkata seorang pemberi maklumat telah memaklumkan tentang kemungkinan pemalsuan maklumat dalam permohonan untuk anugerah itu.

Ini telah mendorong siasatan dan syarikat itu dikenal pasti.

Majlis tersebut mentadbir anugerah itu, yang mengiktiraf projek atau tapak kerja berskala besar yang mempunyai prestasi keselamatan dan kesihatan yang boleh dijadikan contoh, serta sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Tiada hadiah wang diberikan.

Lebih 80 syarikat telah memenangi Anugerah Sharp itu pada 2024.

Syarikat yang bersalah itu telah dihalang daripada menyertai anugerah itu selama tiga tahun.

“Kami komited untuk menegakkan kejujuran anugerah itu dan akan menyiasat semua dakwaan salah laku,” kata majlis itu.

Majlis WSH juga telah merujuk kejadian itu kepada MOM “untuk menilai sama ada syarikat itu telah melanggar undang-undang pelaporan kecederaan”.

ST telah menghubungi kementerian itu untuk mendapatkan ulasan.

Untuk layak memohon anugerah itu, syarikat tidak boleh ada sebarang kejadian berbahaya di projek atau tapak kerja, tiada kecederaan besar dan menyebabkan maut, dan tiada pelanggaran dalam hal WSH dan tenaga kerja antara 1 Januari dengan 31 Disember 2023.

Syarikat yang telah melaporkan kecederaan ringan masih boleh memohon, dengan syarat mereka telah mencatatkan sekurang-kurangnya 1.5 juta jam kerja dan mempunyai kadar kecederaan lebih rendah daripada 25 peratus kadar kecederaan perusahaan, berdasarkan garis panduan permohonan majlis itu pada 2024.

ST difahamkan bahawa berdasarkan jam kerja yang disahkan untuk projek itu, yang berada di bawah minimum 1.5 juta, syarikat itu tidak layak menerima anugerah itu jika ia telah melaporkan sebarang kes kecederaan ringan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg