Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Gaji median sebenar S’pura jatuh 2.2% pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji median sebenar S’pura jatuh 2.2% pada 2023

Jan 31, 2024 | 04:51 PM



Pendapatan median sebenar Singapura jatuh 2.2 peratus pada 2023 berikutan pertumbuhan pendapatan nominal yang perlahan, menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 31 Januari.

Purata pendapatan kasar bulanan penduduk yang bekerja sepenuh masa meningkat 2.5 peratus kepada $5,197, naik daripada $5,070 berbanding 2022.

Pertumbuhan ini lebih rendah daripada kadar purata tahunan peningkatan sebanyak 3.4 peratus dari 2013 hingga 2023, kata MOM lagi.

Pendapatan pada persentil ke-20 adalah $2,826, dengan pertumbuhan nominal yang lebih perlahan sebanyak 1.7 peratus, berbanding 4.1 peratus setahun dari 2013 hingga 2023.

Pendapatan sebenar pada persentil ke-20 turun 3 peratus berbanding 2022, atau 2 peratus selepas memasukkan Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dan bayaran lain.

Penurunan pendapatan sebenar pada 2023 telah menjejas kenaikan gaji keseluruhan yang dinikmati sejak lima tahun lalu.

Dari 2018 hingga 2023, pendapatan sebenar meningkat 0.5 peratus setahun dari segi median, dan 1.1 peratus setahun pada persentil ke-20.

Ini jauh lebih perlahan daripada lima tahun sebelumnya, apabila pendapatan sebenar meningkat 3.5 peratus setahun dari segi median, dan 4.2 peratus setahun pada persentil ke-20.

Namun begitu, jurang antara pendapatan pada median dan persentil ke-20 telah menjadi semakin rapat sepanjang dekad yang lalu, disebabkan pertumbuhan pendapatan benar di bahagian persentil bawah yang telah bergerak lebih pantas berbanding pertumbuhan median.

Bagi pemegang ijazah yang bekerja sepenuh masa, pendapatan median tidak berubah pada $8,190 pada 2023, tetapi merosot 0.8 peratus dari segi sebenar dari 2018 hingga 2023, disebabkan inflasi yang lebih tinggi dan kemelesetan Covid-19.

Walau bagaimanapun, sepanjang dekad yang lalu, pendapatan median pekerja golongan ini masih meningkat 0.9 peratus setahun dari segi sebenar.

Apabila pasaran buruh pulih berbanding permintaan pekerja yang tinggi pada 2022, kadar pekerjaan juga menurun pada 2023, kepada 66.2 peratus, berbanding 67.5 peratus pada 2022.

Penurunan ini disebabkan oleh penyertaan tenaga buruh yang lebih rendah berbanding kesukaran mencari pekerjaan, kata MOM, sambil menyatakan bahawa kadar pengangguran kekal rendah.

Penyertaan tenaga buruh memuncak pada 70.5 peratus pada 2021 apabila lebih ramai pekerja mengisi pekerjaan berkaitan pandemik jangka pendek seperti pekerja penyaring suhu dan duta jarak selamat.

Sejak itu, ia telah menurun kepada 68.6 peratus pada 2023 walaupun ini masih melebihi kadar prapandemik.

Pandemik juga membawa kepada peningkatan pekerja sendiri, dengan pemandu kereta sewa privet menjadi pekerjaan yang paling diceburi sejak 2020.

Bilangan pekerja sendiri tetap telah meningkat sejak 2019, mencecah paras tertinggi 202,700 pada 2022. Pada 2023, jumlah ini telah menurun kepada 187,800, paras terendah sejak Covid-19.

Bagi pekerja yang mempunyai pekerjaan sampingan, jumlah ini jatuh kepada 34,000 pada 2023, setanding dengan tahap prapandemik pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >