Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Gelanggang badminton ‘terbesar’ S’pura di Expo

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelanggang badminton ‘terbesar’ S’pura di Expo

Feb 25, 2024 | 08:15 PM



Peminat badminton, khususnya mereka yang menetap di GRC East Coast, kini tidak lagi perlu risau jika gelanggang badminton di estet kejiranan mereka ‘habis’ ditempah.  

​Sebuah kemudahan baru – yang mampu menempatkan 25 gelanggang badminton serba lengkap – oleh Dewan Badminton Singapura (SBH) telah dilancarkan di Singapore Expo  pada 24 Februari.

Ia merupakan kemudahan badminton terbesar di Singapura.

Hadir untuk melancarkan kemudahan itu ialah Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast – Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; Timbalan Speaker, Cik Jessica Tan; dan Cik Cheryl Chan – sewaktu Hari Masyarakat East Coast 2024. 

Dengan adanya kemudahan tersebut, ia diharap dapat menggalakkan penduduk agar melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sukan, selain mempromosikan gaya hidup sihat di samping meluang lebih banyak masa bersama keluarga.

Penduduk kawasan itu juga berpeluang menggunakan gelanggang badminton tersebut secara percuma pada Isnin dan Jumaat dari 8 pagi hingga 10 pagi.

Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang hadir atau ‘walk-in’. 

Bagi menceriakan kawasan sekitar, 100 pokok turut ditanam pada Hari Masyarakat East Coast 2024 bagi meraikan 100 tahun kelahiran Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew (LKY100) serta sebagai menyokong Gerakan Satu Juta Pokok Lembaga Taman Negara (NParks).

Dr Maliki berkata kemudahan baru itu akan menyokong penduduk agar menjalani gaya hidup sihat sebagai sebuah keluarga atau rakan.

Ia juga dapat menyumbang kepada usaha GRC East Coast untuk membina masyarakat yang lebih sihat dan bersemangat. 

“Kami amat berterima kasih kepada para penduduk, agensi dan rakan kongsi kami yang menyertai daya usaha ini dan mengalu-alukan lebih banyak perkongsian inisiatif masa depan yang akan memberi manfaat kepada penduduk kami di GRC East Coast ini,” tambahnya.

Sejajar dengan pelancaran kemudahan badminton itu, mereka yang hadir turut mengambil bahagian dalam percubaan untuk mencatat rekod baru dalam Buku Rekod Singapura.


Seramai 167 pemain badminton, terdiri daripada penduduk, pelajar dari sekolah di kawasan East Coast serta rakan kongsi masyarakat, berkumpul dalam usaha memecahkan rekod ‘Peserta Paling Ramai Dalam Perhimpunan Badminton’.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada kawasan East Coast,” kata ketua eksekutif syarikat Arina Holdings, yang mengendalikan Dewan Badminton Singapura, Encik Richard Tan.

“Kami akan terus menggunakan kemudahan baru untuk menyokong penduduk East Coast melalui program kami, menggalakkan gaya hidup sihat dan membantu mengekalkan populariti badminton yang semakin meningkat sebagai sukan di Singapura.”

Penduduk boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web berikut: https://singaporebadmintonhall.com/expo/. – Fakhruradzi Ismail




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >