Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Individu pertama didapati bersalah akan dihantar pulang selepas jalani hukuman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Individu pertama didapati bersalah akan dihantar pulang selepas jalani hukuman

Apr 04, 2024 | 06:03 PM



Warga Kemboja Su Wenqiang, individu pertama yang dijatuhkan hukuman dalam kes pengubahan wang haram terbesar Singapura, akan dihantar pulang selepas dibebaskan dari penjara.

Dia juga akan dihalang daripada memasuki semula Singapura, kata jurucakap Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) kepada The Straits Times (ST) pada 4 April.


Mengenai ke negara mana dia akan dihantar pulang, jurucakap tersebut berkata lokasi tersebut bergantung pada negara yang boleh menerima warga asing itu berdasarkan pasportnya yang sah.

Su menjadi warga Kemboja pada 7 Oktober 2019. Bagaimanapun, dia juga memiliki pasport dari Vanuatu dan China.

Lelaki berusia 32 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 13 bulan pada 2 April selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan pengubahan wang haram.

Dia adalah yang pertama daripada 10 warga asing yang didapati bersalah menyusuli siasatan yang menyaksikan wang tunai dan aset bernilai lebih $3 bilion dirampas.

Su ditangkap pada 15 Ogos 2023, dan ditahan reman selama hampir lapan bulan.

Profesor Madya Mervyn Cheong dari Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata bahawa jika tarikh pelaksanaan hukuman Su diundurkan mulai tarikh dia ditangkap, dia mungkin akan dibebaskan dari penjara pada akhir April, atau awal Mei.

Di bawah Akta Penjara, banduan akan menerima pengurangan hukuman sebanyak satu pertiga, kecuali dia terlibat dalam insiden tertentu semasa menjalani hukuman, contohnya melakukan kesalahan merusuh dalam penjara.

Profesor Cheong, yang berkhidmat di syarikat guaman Advocatus Law, berkata dengan pengurangan itu, hukuman penjara yang dikuatkuasakan bagi Su adalah selama lapan setengah bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >