Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Insiden kelar di Pasir Ris West Plaza: Suspek, 61 tahun, ditahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Insiden kelar di Pasir Ris West Plaza: Suspek, 61 tahun, ditahan

Dec 21, 2023 | 10:43 AM



Tiga orang cedera dalam insiden serangan di sebuah pusat beli-belah di Pasir Ris Street 72, dengan pembeli dan pemilik kedai bertempiaran lari mencari perlindungan semasa kekecohan berlaku.

Kejadian berlaku sekitar 4 petang, pada 20 Disember dan pihak polis menerima panggilan meminta bantuan tentang satu insiden di Blok 734, Pasir Ris Street 72.

Seorang penduduk Pasir Ris, yang berada di pusat beli-belah itu sejurus selepas serangan, berkata mangsa adalah dari kedai Royal Regent yang menjual pelbagai barangan seperti produk telefon, sandal dan beg.

“Mereka berlumuran darah, dan terdapat lebih 30 pegawai polis di tempat kejadian, termasuk beberapa orang bersenjatakan senapang,” kata penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut akhbar The Straits Times (ST), seorang lagi penduduk, yang memberikan namanya sebagai Encik Lee, berkata mangsa adalah pemilik kedai itu, yang telah berada di pusat beli-belah itu selama kira-kira 20 tahun.


“Mereka semua berbalut, dan kecederaan kelihatan sangat teruk,” tambah pemandu teksi itu.

Penyerang dikenali oleh mangsa, dan polis berkata siasatan awal menunjukkan kesemua mereka bukan bersahabat.

Mangsa – seorang lelaki berusia 53 tahun dan dua wanita , berusia 53 dan 55 tahun – berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke hospital.

“Seorang lelaki berusia 61 tahun dihantar separuh sedar ke hospital dan kemudiannya ditahan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya,” kata polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.50 petang.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, empat individu itu dibawa ke Hospital Besar Sengkang.

Menurut laporan ST, difahamkan bahawa dua wanita itu adalah adik beradik. Seorang pengunjung kedai yang kerap bercakap dengan ibu kepada dua wanita itu berkata :

“Ibu mereka berkata anak perempuannya, walaupun cedera, melawan penyerang sehingga beliau rebah di luar kedai.”

Penyerang dipercayai bekerja di sebuah kedai telefon bimbit di Pasir Ris.

Dalam satu catatan Facebook, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean berkata suspek dipercayai bertindak sendirian sambil menambah bahawa kejadian itu bukan secara rambang.

“Dipercayai ia mungkin ada kaitan dengan pertikaian berterusan antara pihak yang terlibat dalam insiden itu,” kata SM Teo, yang merupakan Anggota Parlimen (AP) Pasir Ris-Punggol GRC.

Tambahnya, empat mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil.

Ketika ST melawat pusat beli-belah itu pada 6.30 petang pada 20 Disember, polis masih berada di tempat kejadian untuk menemu bual saksi. Penghadang telah dipasang di sekeliling kedai, di mana stokin dan kasut berselerak di atas lantai, dengan beberapa barang berlumuran darah.

Seorang pekerja yang bekerja di sebuah farmasi berdekatan berkata beliau mendengar seorang wanita menjerit pada sekitar 4 petang.

Pekerja itu yang enggan dikenali berkata, beliau mengenali suara di sebalik jeritan itu sebagai suara wanita yang bekerja di kedai runcit yang terletak di antara farmasi dengan sebuah kedai runcit.

Pekerja itu berkata beliau berlari, bimbang akan keselamatannya, dan tidak melihat penyerang.

Menurut orang yang lalu-lalang, kedai runcit itu turut menyediakan perkhidmatan telefon bimbit termasuk jualan dan pembaikan.

Seorang pegawai polis yang tidak berseragam dilihat bercakap dengan seorang lelaki, yang dikenali oleh pemilik perniagaan lain sebagai pekerja kedai itu. Tangannya berlumuran darah yang kelihatan seperti darah kering.

Pada 2022, Kementerian Dalam Negeri (MHA) berusaha untuk meyakinkan orang ramai berikutan beberapa insiden ganas pada tahun itu melibatkan senjata berbilah.

Kementerian itu berkata, bagi insiden yang mendesak, termasuk melibatkan senjata berbahaya, polis secara amnya boleh bertindak balas dalam tempoh 15 minit selepas panggilan.

Antara 2017 dengan 2021, terdapat sekitar 150 jenayah berkaitan pisau setiap tahun melibatkan pembunuhan, rompakan, rusuhan dan kecederaan serius.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >