Ancaman palsu Gereja St Joseph’s: Relawan gereja dikenakan tuduhan di mahkamah
Ancaman palsu Gereja St Joseph’s: Relawan gereja dikenakan tuduhan di mahkamah
Dec 22, 2025 | 10:31 AM
Polis dilihat memasuki perkarangan Gereja St Joseph’s pada 21 Disember. - Foto ST
Seorang relawan gereja telah dituduh di mahkamah kerana mengemukakan ancaman palsu mengenai perbuatan pengganasan kerana meletakkan barangan menyerupai alat letupan buatan sendiri dalam perkarangan Gereja St Joseph’s
Kokulananthan Mohan, 26 tahun, yang didakwa melakukan kesalahan itu sekitar 7 pagi pada 21 Disember dipercayai bertindak seorang diri.
Menurut dokumen mahkamah, Kokulananthan didakwa meletakkan tiga gulungan kadbod berisi batu-batu kecil dan wayar merah di perkarangan gereja. Barangan tersebut digabung menggunakan alat pelekat hitam dan kuning.
Butiran lain selanjutnya.
Laporan berkaitan
Lelaki diberkas susulan barang mencurigakan ditemui di Gereja St Joseph di Bukit TimahDec 21, 2025 | 10:11 AM
David Neo: Masyarakat berbilang kaum aset berharga S’puraDec 21, 2025 | 1:51 PM
Muis: Tempat ibadat di S’pura ruang suci bagi aman, renung, lindungDec 21, 2025 | 7:22 PM

