Jenayah penipuan siber merosot, tapi kes TikTok melonjak 37.8%

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jenayah penipuan siber merosot, tapi kes TikTok melonjak 37.8%

Feb 25, 2026 | 3:00 PM

Jenayah penipuan siber merosot, tapi kes TikTok melonjak 37.8%

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
jenayah penipuan siber, tiktok, kes penipuan
Jumlah kes penipuan di media sosial merosot sebanyak 30.3 peratus pada 2025, kata polis dalam laporan penipuan dan jenayah siber 2025. - Foto AFP

Media sosial kekal menjadi pilihan utama penipu untuk mendekati mangsa.

Namun, jumlah kes penipuan di media sosial merosot ketara, 30.3 peratus pada 2025, menurut Laporan Penipuan dan Jenayah Siber 2025 polis.

Laporan itu mendedahkan, 84.1 peratus kes penipuan berlaku melalui platform dalam talian, termasuk Facebook, WhatsApp, TikTok, Instagram, Telegram, Carousell, Shopee, dan lain-lain.Secara keseluruhan, kadar penipuan di platform demikian merosot.

Contohnya, Meta terlibat dalam 35.4 peratus daripada semua kes penipuan, dengan Facebook, salah satu platform di bawah Meta, merangkumi 18.0 peratus kes-kes tersebut.

Kes di Facebook, termasuk platform berkaitan, merosot 39.6 peratus, manakala Instagram mencatat penurunan 44.9 peratus

Namun, kes penipuan melalui TikTok pula meningkat 37.8 peratus pada 2025.

Seterusnya, polis melaporkan penurunan sebanyak 38.2 peratus bagi kes penipuan di platform pesanan.

Khususnya, kadar kes penipuan melalui Telegram dan WhatsApp masing-masing merosot sebanyak 44.7 peratus dan 32.9 peratus.

Kes penipuan melalui panggilan pula menurun 18.7 peratus.

Penipuan melalui platform membeli-belah dalam talian juga merosot ketara.

Kes di Carousell - platform beli dan jual barangan dan perkhidmatan di Singapura - merosot sebanyak 24.6 peratus, manakala kes di Facebook Marketplace merosot sebanyak 23.5 peratus.

Shopee pula mencatatkan penurunan yang paling besar, dengan kemerosotan sebanyak 60.4 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg