Pelajar di Sekolah Tinggi Presbyterian bukan sahaja mempelajari bahaya menghisap vape.
Bahkan, mereka turut berlatih bagaimana bertindak dalam situasi sebenar berkenaan penggunaan vape.
Semasa kelas Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) pada 22 Oktober, pelajar Menengah Tiga dari sekolah tersebut mengambil bahagian dalam beberapa senario lakonan, termasuk situasi tekanan rakan sebaya berkaitan vape.
Ini termasuk penggambaran semula seorang pelajar yang diberi vape oleh seorang rakan semasa pemeriksaan rambang beg dan diminta untuk menyembunyikannya di dalam kocek mereka.
Semasa sesi bertemu media pada 22 Oktober, Ketua Subjek CCE, Cik Hshieh Szu An, berkata pelajaran tersebut direka untuk membimbing pelajar membuat keputusan berasaskan nilai serta membekalkan mereka dengan strategi mengurus diri sendiri, mendapatkan bantuan apabila diperlukan, dan menyokong rakan-rakan yang mungkin menghadapi kesukaran.
“(Ia) juga supaya mereka tahu, apabila berdepan dengan situasi di mana mereka mungkin tergoda atau berhadapan dengan vape yang dicampur dadah, sejauh mana bahaya yang akan mereka hadapi dan bagaimana membuat keputusan seterusnya.
“Dengan peningkatan usaha ini, saya percaya pelajar kami kini lebih maklum tentang tahap bahaya tersebut, selain diingatkan tentang nilai-nilai yang ingin kami pegang serta cara membuat keputusan dan menjadi penyokong rakan sebaya yang baik,” jelas beliau.
Usaha pendidikan antivape ini selaras dengan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pelajar yang ditangkap kerana kesalahan vape, seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, pada 28 Ogos dalam sidang media mengenai komitmen seluruh pemerintah untuk menangani isu penggunaan vape.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg