Topik diikuti
Pergi ke BHkuKawasan berhampiran Stadium Negara akan ditutup pada 13-14 Julai bagi latihan SAF
Kawasan berhampiran Stadium Negara akan ditutup pada 13-14 Julai bagi latihan SAF
Kawasan berhampiran Stadium Negara akan ditutup pada 13-14 Julai bagi latihan SAF
Kawasan berhampiran The Kallang, Kallang Wave Mall dan Lapangan Terbang Kallang lama akan dikepung pada 13 dan 14 Julai untuk latihan ketenteraan, dengan orang ramai dinasihatkan agar mengelak kawasan tersebut.
Dalam catatan Facebook pada 12 Julai, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berkata kawasan latihan itu akan ditutup dari jam 6 petang pada 13 Julai hingga 5.30 pagi pada 14 Julai untuk memastikan keselamatan orang ramai.
Namun, pergerakan kenderaan di jalan raya tidak akan terjejas, tambahnya, sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak bimbang.
“Latihan ini akan melibatkan kakitangan, kenderaan, helikopter dan dron SAF dalam kawasan berhampiran The Kallang, Kallang Wave Mall dan Lapangan Terbang Kallang lama.
“Orang awam mungkin akan menyaksikan peningkatan aktiviti ketenteraan dan bunyi bising daripada operasi helikopter dan tembakan peluru kosong dan piroteknik semasa latihan itu,” kata SAF.
Sebelum ini, SAF, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebelum ini telah mengadakan latihan bersama di sebuah lagi kemudahan awam pada Mei 2026.
Lebih 1,000 pegawai mengambil bahagian dalam latihan antikeganasan itu yang berlangsung selama dua hari di Lapangan Terbang Changi, serta Pusat Taktikal Home Team.
Pada Februari, polis dan SCDF telah menjalankan latihan antikeganasan di University Town, Universiti Nasional Singapura (NUS).
Kawasan tersebut menempatkan ruang kediaman dan kemudahan pengajaran serta menawarkan persekitaran budaya untuk pelajar dan kakitangan.
