Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kereta dipandu warga senja rempuh pagar Ibu Pejabat Polis Divisyen Clementi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta dipandu warga senja rempuh pagar Ibu Pejabat Polis Divisyen Clementi

Jan 29, 2024 | 04:55 PM



Seorang pemandu wanita berusia 80 tahun hilang kawalan keretanya dan merempuh pagar balai polis di Clementi pada 27 Januari.

Menukil laporan The Straits Times (ST), polis berkata ia dimaklumkan mengenai kemalangan membabitkan kereta yang dipercayai terbabas di 6 Lempeng Drive kira-kira 5.55 petang.


Alamat itu terletaknya Ibu Pejabat Divisyen Polis Clementi dan Pusat Polis Kejiranan Clementi, yang baru dipindahkan ke lokasi tersebut pada 31 Oktober 2023.

Ibu pejabat itu berpindah dari 20 Clementi Avenue 5 untuk memberi laluan kepada pembinaan Laluan MRT Cross Island (CRL).

Pemandu dan penumpang lelaki berusia 80 tahun dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Seorang penduduk berhampiran, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Su, memberitahu Shin Min Daily News beliau terdengar bunyi brek, diikuti dengan bunyi kuat.


Encik Su, 56, berkata kenderaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di tempat kejadian dalam masa kurang lima minit.

Pemandu itu diselamatkan dengan cepat, tetapi pegawai SCDF mengambil sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengeluarkan penumpang itu, tambahnya.

Foto yang dihantar oleh Encik Su kepada akhbar itu menunjukkan sebuah kereta hitam tersadai di atas rumput selepas ia merempuh pagar balai polis – pegawai polis dan SCDF berada di lokasi tersebut.

Laporan akhbar itu menambah pagar itu dilihat ditutup dengan kepingan besi buat sementara waktu dan siasatan polis sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >