Kertas MOF: Ketidaksamaan kekayaan lebih tinggi banding ketidaksamaan pendapatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kertas MOF: Ketidaksamaan kekayaan lebih tinggi banding ketidaksamaan pendapatan

Feb 9, 2026 | 6:54 PM

Kertas MOF: Ketidaksamaan kekayaan lebih tinggi banding ketidaksamaan pendapatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kementerian Kewangan, Ketidaksamaan kekayaan, ketidaksamaan pendapatan, warga S’pura, MOF
Pekali Gini kekayaan Singapura dianggarkan pada 0.55. - Foto ST

Buat kali pertama, pemerintah menerbitkan ukuran ketidaksamaan kekayaan di Singapura yang didapati lebih tinggi berbanding ketidaksamaan pendapatan, menurut Kementerian Kewangan (MOF), yang turut mendapati bahawa mobiliti sosial semakin perlahan.

Pekali Gini kekayaan Singapura dianggarkan pada 0.55, berbanding pekali Gini pendapatan yang berada pada paras 0.38 selepas cukai dan pemindahan.

Jika ketidaksamaan pendapatan mengukur pengagihan pendapatan dalam kalangan penduduk, ketidaksamaan kekayaan pula menilai pengagihan aset seperti hartanah, saham dan simpanan.

Dalam usaha pemerintah mengekalkan mobiliti sosial, ketidaksamaan kekayaan kini menjadi tumpuan sebagai salah satu faktor yang semakin mengukuhkan keistimewaan dan menyukarkan peningkatan mobiliti dalam kehidupan.

Pada paras 0.55, pekali Gini kekayaan Singapura adalah setara dengan negara seperti Britain, Jepun dan Jerman, yang masing-masing dianggarkan mempunyai pekali Gini kekayaan dalam lingkungan 0.6 hingga 0.7, menurut MOF dalam kertas yang diterbitkan pada 9 Februari.

Namun, kertas itu turut menyatakan bahawa perbandingan antara negara adalah “tidak mudah” disebabkan perbezaan dari segi ketersediaan data, liputan aset dan sistem keselamatan sosial.

Pengukuran kekayaan dan ketidaksamaan kekayaan telah lama menjadi cabaran bagi pemerintah di serata dunia memandangkan aset seperti pegangan ekuiti dalam syarikat persendirian serta aset di luar negara yang sukar dikesan dan dinilai.

Peruntukan kerahsiaan kewangan turut mengehadkan pengumpulan data.

Oleh sebab itu, ketidaksamaan kekayaan – termasuk di Singapura – berkemungkinan dianggar lebih rendah daripada keadaan sebenar kerana kekayaan di peringkat tertinggi lazimnya kurang dilaporkan, ujar MOF.

Di Singapura, pekali Gini kekayaan dihitung berdasarkan tinjauan perbelanjaan isi rumah 2023, termasuk data ekuiti rumah pelaburan yang biasanya disewakan.

Ini merupakan sumber kekayaan yang penting bagi isi rumah di Singapura, menurut MOF.

Data tersebut turut diperkukuh dengan data pentadbiran termasuk maklumat daripada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan data hartanah.

MOF menyatakan kebanyakan isi rumah di Singapura mempunyai kekayaan positif, dengan hanya sebilangan kecil yang berhutang, berikutan pemilikan rumah dan dasar pengumpulan kekayaan.

Merentasi semua peringkat pendapatan, ekuiti rumah dan baki CPF membentuk sebahagian besar kekayaan sesebuah isi rumah.

Ekuiti rumah, iaitu nilai rumah selepas tolak baki pinjaman, membentuk lebih separuh daripada purata kekayaan isi rumah di Singapura.

Ini termasuk isi rumah dalam kelompok 20 peratus terbawah, berbeza dengan negara seperti Britain dan Australia, di mana isi rumah dalam kumpulan tersebut secara purata mempunyai ekuiti rumah sifar atau negatif, menurut MOF.

Satu lagi komponen utama kekayaan ialah baki CPF yang merangkumi sekitar 22 peratus daripada kekayaan isi rumah bagi semua isi rumah pemastautin di Singapura.

MOF menyatakan bahawa kebanyakan anak daripada keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana kini memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding bapa mereka, menunjukkan mobiliti sosial antara generasi di Singapura masih baik.

Namun, mobiliti relatif antara generasi telah menjadi perlahan apabila ekonomi semakin matang, tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg