Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes ubah wang haram $3b: Warga S’pura kedua didakwa

Jan 23, 2025 | 4:44 PM
Wang Junjie, 42 tahun, warganegara Singapura kedua yang didakwa berhubung kes pengubahan wang haram.
Wang Junjie, 42 tahun, warganegara Singapura kedua yang didakwa berhubung kes pengubahan wang haram. - Foto ST

Seorang lelaki yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura yang melibatkan wang tunai dan aset bernilai $3 bilion telah dikenakan 15 tuduhan pada 23 Januari, termasuk kesalahan pemalsuan.

Wang Junjie, 42 tahun, warga Singapura yang diberi kerakyatan, dituduh melakukan pelbagai kesalahan yang dikaitkan dengan dua daripada 10 warga asing yang sebelum ini disabitkan dan dijatuhkan hukuman berkaitan kes tersebut, lapor The Straits Times (ST).

Sekitar Oktober 2021, dia didakwa berkomplot dengan Su Baolin membuat kenyataan palsu kepada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) mengenai nilai sebenar hasil, keuntungan kasar, dan perdagangan belum terima Xinbao Investments Holdings bagi tahun kewangan 2020 syarikat tersebut.

Sekitar Mac 2022, Wang, yang ketika itu pegawai di Yihao Cyber Technologies, juga didakwa berkomplot dengan Su Haijin melakukan pemalsuan untuk menipu DBS Bank.

Wang turut menghadapi tuduhan memalsukan dokumen yang kononnya perjanjian pembangunan perisian e-dagang antara Yihao Cyber Technologies dengan SG-Gree.

Dia juga dikenakan 13 tuduhan lain – termasuk memalsukan akaun dan menggunakan dokumen palsu sebagai salinan tulen.

Beliau merupakan warganegara Singapura kedua yang didakwa berhubung kes pengubahan wang haram itu.

Pada Ogos 2024, Liew Yik Kit, 42 tahun, individu pertama yang didakwa berkaitan kes tersebut.

Dia merupakan pemandu peribadi warganegara Kemboja, Su Binghai, yang melarikan diri semasa siasatan dijalankan dan kini dikehendaki atas dakwaan terlibat dalam kesalahan pengubahan wang haram.

Kes Liew masih dalam proses.

Menurut ST, pada 2023, Wang, individu berdaftar dan berkelayakan (RQI), dinamakan sebagai setiausaha atau pengarah kepada 185 syarikat, termasuk beberapa yang berkaitan dengan Su Haijin dan Su Baolin.

Wang diwakili peguam Choo Si Sen. Pada 23 Januari, wang jaminan Wang ditetapkan sebanyak $50,000.

Kes beliau telah ditangguhkan ke 6 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg