Kesihatan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Leka dengan skrin beri risiko ‘text neck’

Jun 20, 2025 | 2:10 PM
text neck, peranti digital, sakit leher, sakit bahu
‘Text neck’ merupakan satu keadaan kesihatan moden dan jika kesakitan itu berlarutan, ia boleh mengancam fungsi saraf, tabiat menunduk terlalu lama menatap skrin. - Foto hiasan

Kecanggihan teknologi menjadikan penggunaan peranti digital seperti telefon pintar dan komputer riba sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian.

Namun, tabiat menunduk terlalu lama menatap skrin tanpa disedari boleh menyebabkan sakit leher dan bahu.

Inilah yang dikenali sebagai sindrom ‘text neck’, satu keadaan kesihatan moden dan jika kesakitan itu berlarutan, ia boleh mengancam fungsi saraf.

Malaysia antara negara yang berada di kedudukan tertinggi penggunaan alat peranti digital di Asia ketika ini dengan purata selama 8 jam dan 17 minit sehari, lapor Berita Harian Malaysia.

Pakar Perunding Ortopedik, Trauma dan Pakar Bedah Tulang Belakang, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) Dr Chang Kok Chun, berkata sindrom ‘text neck’ adalah penyakit baru yang kerap dialami golongan remaja dan dewasa terutamanya selepas pandemik COVID-19.

Katanya, isu kesihatan semakin meningkat itu adalah sejenis kecederaan tekanan berulang disebabkan postur kepala sering ke hadapan dalam tempoh lama ketika menunduk untuk melihat skrin.

“Apabila seseorang mengalami ‘text neck’, otot dan sendi di leher mereka akan mengalami ketegangan berterusan akibat postur yang salah.

“Dari masa ke masa, ia boleh menyebabkan keletihan otot dan sendi, ketidakselesaan dan jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan kerosakan struktur badan,” katanya.

Pakar Perunding Ortopedik, Trauma dan Pakar Bedah Tulang Belakang, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) Dr Chang Kok Chun, berkata sindrom ‘text neck’ adalah penyakit baru yang kerap dialami golongan remaja dan dewasa terutamanya selepas pandemik Covid-19.

Katanya, isu kesihatan semakin meningkat itu adalah sejenis kecederaan tekanan berulang disebabkan postur kepala sering ke hadapan dalam tempoh lama ketika menunduk untuk melihat skrin.

“Apabila seseorang mengalami ‘text neck’, otot dan sendi di leher mereka akan mengalami ketegangan berterusan akibat postur yang salah.

“Dari semasa ke semasa, ia boleh menyebabkan keletihan otot dan sendi, ketidakselesaan dan jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan kerosakan struktur badan,” katanya.

Beliau berkata pesakit muda mempunyai risiko lebih tinggi kerana penggunaan telefon pintar, tablet dan komputer riba yang kerap dan berpanjangan.

Namun katanya, sindrom itu kini menjadi risiko kepada mereka yang bekerja di pejabat dan juga kerana gaya hidup sentiasa menggunakan peranti digital.

“Ergonomik tempat kerja yang lemah memburukkan lagi masalah ini kerana ramai terpaksa bekerja berjam-jam di meja dan persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif.

“Tekanan postur berpanjangan ini menyebabkan kadar pengambilan cuti sakit semakin meningkat, kurang produktiviti dan menurunkan prestasi kerja.”

Bagaimanapun, beliau berkata ramai mengabaikan ketidakselesaan itu sebagai sesuatu bersifat sementara atau berkaitan dengan tekanan kerja.

Berkenaan tanda awal sindrom ‘text neck’, Dr Kok Chun, berkata individu sering mengabaikan atau salah anggap sebagai tekanan dan kurang tidur atau rehat.

Katanya, simptom awal sindrom itu termasuk rasa tegang berterusan atau ‘stiffness’ pada leher atau bahagian atas belakang badan, sakit kepala yang bermula dari pangkal tengkorak.

Selain itu, rasa kebas atau kesemutan pada tangan dan jari, pening atau kurang keseimbangan, kesukaran untuk menumpukan perhatian, ketegangan mata dan keletihan.

“Sakit leher salah satu simptom utama, tetapi sakit pada bahu dan bahagian atas belakang badan sering diabaikan dan tidak dirujuk ke doktor.

“Mereka yang mempunyai simptom sedemikian perlu memberi lebih perhatian kepada kesakitan dirasai dan tidak mengabaikannya bagi mengelakkan komplikasi kesihatan lain mungkin timbul,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg