Populariti sukan bola pikel atau pickleball yang kian meningkat di Singapura kini membawa bersama satu kebimbangan baharu.

Doktor dan pakar perubatan mula melihat lonjakan kes kecederaan berkaitan sukan tersebut, terutama dalam kalangan pemain berusia lebih 40 tahun.