Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kian lama mengidam ketam di Korea, nenek rasa ‘macam mimpi’ dapat makan

Jul 7, 2025 | 4:48 PM
Cik Napsiah Sidin ghairah dan gembira dapat makan ketam ketika di Busan, South Korea, semasa melancong bersama keluarganya.
Cik Napsiah Sidin ghairah dan gembira dapat makan ketam ketika di Busan, South Korea, semasa melancong bersama keluarganya. - Foto ihsan MUHAMMAD LUTFI NOOR HAIDI

Berulang kali menyebut keinginannya untuk makan ketam ketika bercuti ke Korea Selatan bersama keluarga, hasrat Cik Napsiah Sidin, 75 tahun, akhirnya tercapai pada malam terakhir pelancongan itu.

Mengikut keluarganya melancong ke Jeju dan Busan selama enam hari dari 22 hingga 26 Jun, nenek itu teruja dan terhibur dapat menjamu selera makan ketam salji (snow crab) di Busan.

Busan dikenali dengan makanan laut premium dengan harga yang berpatutan.

Ini disebabkan lokasinya sebagai pelabuhan terbesar di negara itu dan ia berdekatan dengan kawasan perikanan yang subur.

View post on TikTok

Cik Napsiah telah memilih ketamnya di pasar makanan laut Busan itu, dan mereka akan menyiapkan hidangan itu dengan segera untuk pelanggan demi mengekalkan kesegarannya.

“Hari-hari tengok Facebook, tertanya bila nak dapat makan. Hari ini macam mimpi dapat makan ni. Wow!” kata Cik Napsiah dalam satu video TikTok yang dirakam cucunya mengenai pengalaman beliau memakan ketam.

Kegembiraan dan keterujaannya mencuit hati ramai netizen, sehinggakan reaksi spontannya menjadi tular di TikTok.

TikTok itu menerima lebih sejuta tontonan dan mendapat lebih 150,000 ‘like’.

Cik Napsiah puas dengan pilihannya di pasar makanan laut di Busan dan bergambar bersama pegerai.
Cik Napsiah puas dengan pilihannya di pasar makanan laut di Busan dan bergambar bersama pegerai. - Foto ihsan MUHAMMAD LUTFI NOOR HAIDI

Pengguna TikTok ‘thannnggg’ berkata: “Comelnya! Semoga satu hari kita semua dimurahkan rezeki untuk bawa keluarga tersayang makan apa yang mereka idamkan!”

Satu lagi pengguna ‘Farhahk’ pula komen: “Moga Tuhan lapang dan luaskan rezeki agar boleh belanja nenek makan best lagi lepas ni.”

“Dia memang sebut-sebut nak makan ketam dari awal perjalanan. Bila kami lalu pasar makanan laut di Busan, dia terus tunjuk ketam salji tu dan minta beli. Harganya kira-kira $60 sekilo. Ketam yang dipilihnya berharga $130 untuk sekitar 2.1 kilogram,” jelas cucunya, Encik Muhammad Lutfi Noor Haidi yang berusia 22 tahun.

Nenek kepada empat cucu itu lantas mengucapkan terima kasih dalam video TikTok itu dan memuji kelazatan ketam salji tersebut.

Beliau juga menyarankan anak-anak lain agar membawa ibu mereka untuk makan ketam besar yang dikukus seperti pengalamannya.

Di akhir video, Cik Napsiah mengucapkan terima kasih kepada cucunya kerana membawa nenek makan ketam salji, sambil menyuap isi ketam.

Encik Lutfi turut berkongsi sisi lucu di sebalik detik itu, apabila Cik Napsiah memberitahu anggota keluarganya dalam video itu: “Can see cannot touch (boleh lihat tapi tak boleh ambil).”

Kata Encik Lutfi sambil ketawa: “Dia memang cakap awal-awal, ketam itu untuk dia seorang. Dan dia betul-betul habiskan semua sendiri.”

Cik Napsiah juga dikenali ramai sebagai Mak Yah, yang juga merupakan pengurus ramah di gerai Goreng Pisang King, terletak di Pusat Makanan Bedok Corner.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg