Topic followed successfully
Go to BHkuKod QR ComfortDelGro mudahkan urusan tempah teksi, sewa kereta privet
Kod QR ComfortDelGro mudahkan urusan tempah teksi, sewa kereta privet
Hanya perlu imbas kod QR di lokasi pengambilan tanpa perlu isi alamat dalam aplikasi Zig
Kod QR ComfortDelGro mudahkan urusan tempah teksi, sewa kereta privet
Penumpang teksi atau kereta sewa privet, khususnya warga emas, penjaga mereka dan pelancong, kini lebih mudah menempah perjalanan di lokasi tertentu menerusi pelancaran kod QR tersuai oleh ComfortDelGro (CDG).
Dengan ciri ‘Scan & Ride’ (Imbas & Naik), penumpang hanya perlu mengimbas kod QR di lokasi tertentu untuk menempah perjalanan, tanpa perlu memasukkan alamat pengambilan secara manual dalam aplikasi Zig milik CDG.
Selepas mengimbas kod QR, lokasi pengambilan akan dimuat naik terus dalam aplikasi.
Pengguna kemudian boleh mengisi tempat yang dituju atau menempah perjalanan.
Sebagai permulaan, kod QR itu kini disediakan di tiga Pusat Penuaan Aktif (AAC) yang dikendalikan oleh badan kebajikan, Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC).
Dalam satu kenyataan pada 5 Mei, CDG memaklumkan ciri itu akan diperkenalkan di tempat lain di Singapura, termasuk hab gaya hidup, pusat tukaran pengangkutan, pusat perubatan dan kawasan lain yang sibuk.
Melalui kerjasama dengan Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC), sebuah pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) serta pertubuhan tidak mengaut untung (NPO), CDG berkata ia sedang melantik warga emas aktif sebagai duta untuk membantu rakan sebaya menggunakan ciri baharu itu.
