Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konsulat-Jeneral S’pura di JB pindah ke Mid Valley Southkey 10 Dis

Dec 9, 2025 | 7:40 PM
Konsulat-Jeneral, Singapura, Johor Bahru, Mid Valley Southkey
Konsulat-Jeneral Singapura di Johor Bahru akan beroperasi di tingkat 29, South Tower, Mid Valley Southkey mulai 10 Disember. - Foto ST

Konsulat-Jeneral Singapura di Johor Bahru akan mula beroperasi dari premis barunya di Mid Valley Southkey mulai 10 Disember, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura pada 9 Disember.

Konsulat tersebut terletak di tingkat 29, South Tower, Mid Valley Southkey (No. 1 Persiaran Southkey 1, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor).

Untuk sebarang pertanyaan, pejabat itu boleh dihubungi di talian +60 7-335-0130.

Waktu operasi Konsulat-Jeneral kekal sama, iaitu 8.30 pagi hingga 1 tengah hari; dan 2 hingga 5 petang, hanya pada hari bekerja, kecuali cuti umum.

Sementara itu, perkhidmatan konsular masih disediakan di premis sedia ada di Johor Bahru City Square Office Tower sehingga 9 Disember.

Warga Singapura yang memerlukan bantuan sehingga tarikh tersebut boleh terus menghubungi pejabat semasa di talian +60 7-226-5012.

Laman web dan alamat e-mel konsulat masih tidak berubah, masing-masing di pautan https://jb.mfa.gov.sg dan singcon_jhb@mfa.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg