Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kumpulan Warga Emas PAP akan usul dasar tingkat peluang pekerjaan pekerja berusia

Oct 12, 2025 | 11:20 PM
Kumpulan Warga Emas PAP, yang dipengerusikan oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng (dua dari kiri), mengadakan dialog pada 12 Oktober yang disertai lebih 300 orang. Turut berucap ialah naib pengerusi kumpulan: Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (paling kiri) dan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Tenaga Manusia), Encik Dinesh Vasu Dash (dua dari kanan)
Kumpulan Warga Emas PAP, yang dipengerusikan oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng (dua dari kiri), mengadakan dialog pada 12 Oktober yang disertai lebih 300 orang. Turut berucap ialah naib pengerusi kumpulan: Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (paling kiri) dan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Tenaga Manusia), Encik Dinesh Vasu Dash (dua dari kanan) - Foto PAPSG

Kumpulan Warga Emas Parti Tindakan Rakyat (PAPSG) merancang untuk mengemukakan Kertas Putih yang mengandungi usulan dasar mengenai isu pekerjaan warga emas kepada satu kumpulan kerja perikatan tiga pihak sebagai panduan bagi perancangan jangka panjang berkaitan isu tersebut.

Kumpulan tersebut mengadakan dialog pada 12 Oktober yang disertai lebih 300 orang termasuk aktivis, mantan Anggota Parlimen (AP) serta orang awam, sebagai sebahagian daripada usaha mengumpul maklum balas daripada warga emas, majikan dan rakan kerja.

Pandangan yang dikumpul akan dijadikan rujukan bagi usulan yang akan dikemukakan kepada Kumpulan Kerja Perikatan Tiga Pihak bagi Warga Emas.

Kumpulan kerja ini ditubuhkan pada 2025 untuk meningkatkan daya kerja warga emas dan menambah bilangan pekerjaan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka, lapor The Straits Times (ST).

Antara isu yang dibincangkan semasa dialog pada 12 Oktober itu termasuk menggalak majikan melihat pekerjaan daripada perspektif jangka panjang dan mewujudkan peranan fleksibel, serta meneliti keperluan warga emas untuk menyesuaikan diri dengan peluang baru walaupun berusia melebihi 70 tahun.

Dialog itu turut menekankan pentingnya memulakan perbincangan tentang perancangan kerjaya lebih awal apabila pekerja berada dalam lingkungan usia 40-an atau 50-an.

Hasil tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh Kumpulan Warga Emas PAP baru-baru ini turut dikongsi.

Kajian yang melibatkan hampir 700 responden, yang dijalankan dari 26 September hingga 2 Oktober itu, mendapati ramai warga emas ingin terus bekerja melebihi usia 70 tahun, tetapi majikan mungkin belum bersedia untuk mengekalkan mereka.

Susunan kerja yang fleksibel dan perancangan kerjaya yang berstruktur untuk mengenal pasti kekurangan kemahiran serta latihan yang relevan dilihat sebagai faktor penting untuk menyokong warga emas yang ingin terus bekerja.

Kumpulan Warga Emas PAP, yang dipengerusikan oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata usaha mereka akan dipandu oleh dua tonggak utama iaitu advokasi dan aktivisme.

Naib pengerusi kumpulan itu, Cik Rahayu Mahzam, yang juga Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), akan memimpin tonggak advokasi, yang turut dianggotai Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Cai Yinzhou, dan Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Encik Foo Cexiang.

Seorang lagi naib pengerusi kumpulan itu, Encik Dinesh Vasu Dash, yang juga Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Tenaga Manusia), akan memimpin tonggak aktivisme dan komunikasi, yang turut dianggotai Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Encik Jackson Lam, dan Anggota Parlimen Kebun Baru, Encik Henry Kwek.

Cik Rahayu berkata isu pekerjaan warga emas adalah faktor penting dalam usaha membolehkan mereka menua dengan baik, dan kumpulan itu telah mendekati pekerja warga emas serta majikan.

Beliau menambah bahawa kumpulan itu merancang untuk memanfaatkan rangkaian aktivisnya untuk merangka inisiatif masyarakat atau cadangan dasar untuk menggalak budaya tempat kerja yang lebih inklusif, yang menghargai pengalaman dan sumbangan sepanjang hayat.

Encik Dinesh berkata perbincangan mengenai persaraan dan perancangan kerjaya seharusnya dimulakan lebih awal untuk mengelak daripada perselisihan dan tanggapan negatif mengenai sokongan tempat kerja bagi warga emas.

“Reka bentuk semula pekerjaan dan perubahan fikiran seharusnya menjadi perbincangan berterusan, bukan hanya apabila pekerja mencapai umur warga emas mengikut definisi undang-undang,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg