Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih 1,000 sertai Hari Ahad Bebas Kereta pertama selepas 4 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,000 sertai Hari Ahad Bebas Kereta pertama selepas 4 tahun

Mar 17, 2024 | 05:27 PM



Lebih 1,000 individu membanjiri jalan raya di kawasan pusat bandar pada 17 Mac setelah ia ditutup kepada kenderaan pada sebelah pagi bagi Hari Ahad Bebas Kereta.

Diadakan buat kali pertama setelah empat tahun tidak diadakan, acara tersebut disambut baik dengan pelbagai muzik, makanan dan aktiviti bagi orang ramai.

Ramai yang hadir bersama keluarga mereka untuk berbasikal, berlari dan bermain kasut roda.

Di St Andrew’s Road antara Galeri Nasional Singapura dengan Padang, terdapat khemah dan gerai yang memaparkan pameran imersif yang mengajak orang ramai membayangkan semula ruang awam serta permainan mengenai mobiliti aktif dan juga senaman piloxing beramai-ramai.

Di Esplanade Drive pula, orang ramai berpeluang mencuba sukan seperti korfball dan parkour sementara kakitangan OCBC Bank mengagihkan epok-epok dan minuman kepada semua peserta OCBC Cycle dan orang awam yang mengikuti bank tersebut di media sosial, lapor The Straits Times.


Dianjurkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Hari Ahad Bebas Kereta 2024 bertujuan mewujudkan kesedaran orang ramai tentang manfaat berjalan kaki, berbasikal dan menaiki pengangkutan awam sebagai kaedah perjalanan yang mampan.

Ia kali terakhir diadakan pada Oktober 2019, apabila jalan raya sepanjang 5.5 kilometer dari Kawasan Sivik ke kawasan pusat perniagaan (CBD) merentasi Jambatan Esplanade ditutup.

Hari Ahad Bebas Kereta pada mulanya diadakan pada 2016 selama enam bulan sebagai projek perintis, dengan Ahad terakhir setiap bulan ditetapkan sebagai hari bebas kereta.

Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, berkata acara itu menunjukkan bagaimana orang ramai boleh memanfaatkan dan menikmati ruang yang biasanya digunakan kenderaan.

Merujuk kepada Koridor Utara Selatan sepanjang 21.5 kilometer dari Woodlands ke bandar, yang akan disiapkan secara bertahap mulai 2027, Encik Baey berkata:

“Trafik akan dialihkan sama ada melalui jejambat atau terowong bawah tanah. Di peringkat jalan raya, lebih banyak ruang boleh dibayangkan semula untuk menjadi ruang masyarakat bagi pelbagai aktiviti.”

Salah seorang peserta Hari Ahad Bebas Kereta itu, Encik Mahendra Adhinata, 29 tahun, menikmati pemandangan dan suasana acara tersebut bersama isteri dan anaknya.

Jurutera IT yang berasal dari Indonesia itu berkata ini kali pertama beliau menyertai acara sedemikian di Singapura.

“Kami mempunyai hujung minggu bebas kereta setiap minggu di Indonesia, di jalan utama kami. Ia berbeza kerana di Indonesia, jalan raya akan dipenuhi dengan gerai makanan. Di sini, lebih ramai orang bersenam.

“Saya harap Singapura boleh melakukan ini dengan lebih kerap, mungkin setiap minggu atau setiap bulan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >