Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki didakwa bunuh wanita dalam lif di Choa Chu Kang
Lelaki didakwa bunuh wanita dalam lif di Choa Chu Kang
Lelaki didakwa bunuh wanita dalam lif di Choa Chu Kang
Seorang lelaki yang dituduh membunuh seorang wanita di Choa Chu Kang pada 26 Mei telah dikenakan dakwaan membunuh.
Mohamad Faiz Umar, 22 tahun, dituduh membunuh Cik Chua Bee Ting, 21 tahun, di dalam lif antara 8.53 malam dengan 9.22 malam pada hari tersebut.
Siasatan awal mendedahkan, lelaki warga Malaysia itu dipercayai telah menikam mangsa.
Polis sebelum ini berkata kedua-duanya saling mengenali, namun hubungan mereka tidak didedahkan dalam dokumen mahkamah.
Polis berkata pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di Blok 248, Choa Chu Kang Avenue 2, sekitar 9 malam pada 26 Mei.
Setibanya di situ, pegawai polis menemui Cik Chua terbaring tanpa bergerak di lobi lif di tingkat 12.
Seorang paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan kematiannya di tempat kejadian.
Seorang penduduk memberitahu The Straits Times (ST) pada 26 Mei, beliau terdengar satu dentuman kuat dan ternampak seorang lelaki terbaring di bawah tong sampah di tingkat bawah blok itu.
Lelaki itu ditahan atas kesalahan membunuh sebelum dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).
Kes Faiz ditangguhkan hingga 18 Jun.
Pesalah yang disabitkan kesalahan membunuh boleh menghadapi hukuman mati.
