Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lima perkara dari sidang Parlimen pada 10 September

Sep 10, 2024 | 7:20 PM
Lima perkara yang dibincangkan di Parlimen pada 10 September.
Lima perkara yang dibincangkan di Parlimen pada 10 September. - Foto fail

1. MOE ambil tindakan guaman terhadap kontraktor Mobile Guardian

Kementerian Pendidikan (MOE) telah mengambil tindakan guaman terhadap kontraktor yang terlibat dengan beberapa insiden Mobile Guardian yang berlaku pada 2024.

Beliau berkata kira-kira satu dalam enam daripada 13,000 peranti terjejas kehilangan beberapa data akibat pelanggaran keselamatan siber pada Ogos, dan kurang 5 peratus tidak dapat memulihkan semua data mereka kerana peranti mereka tidak dibuat salinan.

2. MOE wujudkan kumpulan kakitangan bagi bantu guru pendidikan khas

MOE akan bekerjasama dengan sekolah pendidikan khas (Sped) dan agensi perkhidmatan sosial (SSA) untuk membentuk kumpulan guru bantuan yang boleh membantu guru apabila diperlukan, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Bercakap di Parlimen pada 10 September, Encik Chan berkata langkah itu akan memberikan guru lebih banyak masa menjalani latihan atau mengambil cuti perubatan atau kecemasan, jika perlu.

3. Pendekatan Program Pendidikan Bijak (GEP) tidak akan ubah saiz kelas

Pendekatan baru kepada Program Pendidikan Bijak (GEP) tidak akan menyebabkan perubahan kepada saiz kelas biasa antara 30 dengan 40 murid di sekolah rendah, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Bercakap di Parlimen pada 10 September, Encik Chan berkata sekolah boleh membuat keputusan mengenai saiz kelas untuk program berasaskan sekolah dan modul selepas sekolah bagi pelajar berkebolehan tinggi, serta bagi mereka yang memerlukan lebih banyak sokongan pembelajaran,

Beliau menambah, saiz kelas tidak semestinya tanda penentu terpenting hasil pendidikan, sebaliknya, kualiti guru dan sumber yang tersedia untuk mereka.

4. Indranee: Tarikh laksana cuti ibu bapa baru tidak akan dipercepat

Pemerintah tidak akan membawa tarikh pelaksanaan skim cuti bersama ibu bapa baru lebih awal, yang bakal bermula pada 1 April 2025, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, di Parlimen pada 10 September.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan oleh beberapa Anggota Parlimen (AP).

Beliau berkata tarikh tersebut bertujuan mencapai keseimbangan antara menangani kebimbangan majikan dengan kemahuan ibu bapa.

Beliau berkata pemerintah harus mencapai keseimbangan antara memberi majikan masa yang cukup untuk membuat perubahan yang diperlukan dengan membolehkan ibu bapa mendapat manfaat daripada skim tersebut secepat mungkin.

5. Parlimen lulus rang undang-undang sokong, lindungi pekerja platform

Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Pekerja Platform pada 10 September yang bertujuan memberikan perlindungan dan sokongan yang lebih luas kepada pekerja platform seperti pemandu sewa privet dan penghantar makanan, mulai 1 Januari 2025.

Antara perubahan yang diluluskan termasuk memerlukan pengendali platform menyediakan polisi insurans pampasan kecederaan di tempat kerja kepada pekerja platform yang setaraf perlindungan yang dinikmati pekerja biasa.

Pekerja platform juga akan dapat membentuk badan perwakilan yang mempunyai kuasa undang-undang yang serupa dengan kesatuan sekerja yang dipanggil Persatuan Kerja Platform (PWA).

Mereka juga akan mendapat tahap caruman yang lebih tinggi ke Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka, sejajar dengan bayaran yang dibayar oleh pekerja dan majikan hari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg