Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tujuh perkara dari sidang Parlimen pada 9 September

Sep 9, 2024 | 9:24 PM
Tujuh perkara yang dibincangkan di Parlimen pada 9 September.
Tujuh perkara yang dibincangkan di Parlimen pada 9 September. - Foto fail

1. Semua penduduk HDB layak dapat sokongan pencari kerja jika penuhi kriteria lain

Semua penduduk flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang kehilangan pekerjaan dan memenuhi kriteria kelayakan lain layak untuk skim bantuan bagi pencari kerja yang akan datang.

Mereka yang tidak memenuhi kriteria yang dinyatakan untuk Skim Bantuan Pencari Kerja SkillsFuture masih boleh mengemukakan rayuan untuk dipertimbangkan mengikut kes, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, di Parlimen pada 9 September.

Skim tersebut memberi rakyat Singapura dan penduduk tetap yang telah kehilangan pekerjaan sehingga $6,000 dalam tempoh maksimum enam bulan untuk membantu mereka bangkit semula mendapat pekerjaan baru.

Untuk melayakkan diri, pencari kerja mesti memperoleh purata pendapatan bulanan $5,000 atau ke bawah untuk tempoh pekerjaan mereka sebelum ini dalam 12 bulan lalu, serta tinggal di rumah yang mempunyai nilai tahunan $25,000 atau ke bawah.

Mereka juga mestilah tidak menerima sebarang pembayaran daripada skim itu dalam tempoh tiga tahun lepas, antara kriteria lain.

Dr Tan berkata permohonan akan dinilai melalui sistem yang terdiri daripada semakan automatik menggunakan data pemerintah yang tersedia dan semakan pengesahan lanjut yang dilakukan oleh pasukan Tenaga Kerja Singapura yang berdedikasi.

2. Harga elektrik bakal naik

Penduduk boleh menjangkakan harga elektrik yang lebih tinggi, di bawah perubahan baru kepada undang-undang yang akan membantu pemerintah mendapat kembali kos inisiatif untuk melindungi bekalan elektrik Singapura dengan cara yang mesra iklim.

Perubahan kepada akta EMA sedia ada, yang diluluskan di Parlimen pada 9 September, akan membolehkan pemerintah mendapatkan kembali kos yang berkaitan dengan inisiatif sedemikian untuk memastikan sistem tenaga Singapura berfungsi dengan baik, katanya.

Dr Tan berkata EMA akan berunding dengan pihak berkepentingan dan memberi mereka notis yang secukupnya sebelum memperkenalkan langkah mendapat kembali kos.

Pada masa yang sama, langkah tersebut juga akan dilaksanakan secara beransur-ansur untuk memberi masa kepada perniagaan menyesuaikan diri.

3. Ye Kung: Mpox mungkin lebih melecehkan daripada mengganggu

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada enam Anggota Parlimen (AP) yang bertanya tentang langkah yang diambil Singapura untuk melindungi orang ramai daripada wabak tersebut.

Menjelaskan, beliau berkata penyakit tersebut merebak sebahagian besarnya melalui hubungan fizikal yang rapat. Virus tersebut tidak merebak menerusi udara, dan “tidak merebak jauh dan luas seperti Covid-19”.

Beliau menambah bahawa penularan mpox adalah kira-kira 12 kali lebih perlahan daripada Covid-19, contohnya, 10 orang yang menghidap penyakit mpox boleh merebak kepada 13 yang lain, manakala 10 orang yang dijangkiti Covid-19 akan merebaknya kepada 50 yang lain.

4. Memilih insurans kesihatan yang betul

Pemegang polisi akan diberi lebih banyak bantuan untuk memahami insurans perubatan yang paling sesuai untuk mereka, kata Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, di Parlimen pada 9 September.

Pada masa ini, Lembaga Tabung Simpanan Pusat (CPF), dan MoneySense, sudah mempunyai artikel yang memberi nasihat tentang perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu, atau ‘Integrated Shield Plan’ (IP), yang meliputi rawatan dan penginapan hospital tanpa subsidi utama.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga telah menerbitkan apa yang pemegang polisi boleh jangkakan untuk membayar premium IP sepanjang hayat mereka, serta perbandingan manfaat yang disediakan oleh penanggung insurans yang berbeza.

Cik Rahayu juga berkata semakan komprehensif MediShield Hayat juga sedang dijalankan untuk memastikan ia terus melindungi rakyat Singapura daripada bil perubatan yang besar, dan hasilnya dijangka dikongsi pada masa terdekat.

5. Pendakwah Bangladesh dalam senarai pantauan ISD, tapi masuk S’pura dengan nama lain

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) telah meletakkan pendakwah Bangladesh Amir Hamza, yang membuat ucapan menghasut kepada pekerja di asrama Tuas semasa Hari Kebangsaan, dalam senarai pemerhatiannya.

Namun, beliau telah memasuki Singapura dengan menggunakan pasport dan visa yang mempunyai nama berbeza, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, di Parlimen pada 9 September sebagai menjawab beberapa soalan AP.

Beliau menambah, sekiranya nama sebenar Amir ada dalam sistem, ia akan menandakannya untuk pemeriksaan imigresen dan keselamatan yang lebih ketat kerana dia berada dalam senarai pantauan.

Encik Shanmugam berkata kadangkala, pihak berkuasa mungkin hanya mempunyai nama orang dalam senarai pantauan tanpa gambar untuk diperiksa balas oleh pegawai ICA. Tambahnya, ada kemungkinan juga foto dalam fail mungkin tidak berkualiti cukup baik untuk dipadankan dengan foto itu.

6. Lebih ramai pengunjung ditolak dari masuk ke Singapura

Dengan pelepasan automatik, semakan dilakukan lebih awal dan teknologi boleh digunakan dengan lebih meluas, kata  Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.

Cik Sun berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, pada 9 September.

Encik Leong telah bertanya sama ada lorong automatik untuk semua warga asing di Lapangan Terbang Changi telah meningkatkan risiko orang yang bukan pengunjung tulen memasuki Singapura.

Cik Sun menjawab bahawa sistem baru itu telah menyebabkan peningkatan peratusan pengunjung yang ditolak masuk ke Singapura, tetapi tidak memberikan angka yang terperinci.

7. Rang perangi kandungan palsu, ‘deepfake’ semasa pilihan raya dibentang

Secara khususnya, ia melibatkan kandungan seperti palsu mendalam, atau ‘deepfake’, yang secara realistik menggambarkan calon pilihan raya berkata atau melakukan sesuatu yang beliau sendiri tidak katakan atau lakukan.

‘Deepfake’ adalah satu teknik pemalsuan dengan merubah paras rupa seseorang pada gambar atau video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah.

RO juga boleh mengeluarkan arahan pembetulan kepada perkhidmatan media sosial dan pembekal perkhidmatan akses Internet untuk menghapuskan kandungan tersebut, atau mengehadkan akses oleh pengguna Singapura kepada kandungan tersebut semasa tempoh pilihan raya.

Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, memperkenalkan Rang Undang-undang (Pindaan) Pilihan Raya (Kewibawaan Iklan Dalam Talian) tersebut di Parlimen pada 9 September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg