Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

LTA siasat kes pelawat M’sia disaman $2,700 di pusat pemeriksaan S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LTA siasat kes pelawat M’sia disaman $2,700 di pusat pemeriksaan S’pura

Dec 20, 2023 | 03:59 PM



Gara-gara kad Autopass yang dipercayai tidak dikesan apabila keretanya keluar dari Singapura beberapa bulan lalu, seorang pelawat dari Malaysia diminta membayar saman $2,700, atau hampir RM10,000.

Warga Malaysia, Encik Bah Wei Jun dan Encik Daniel Heong, kededuanya 26 tahun, berada di Singapura pada 10 Disember lalu untuk menghadiri acara selama beberapa jam dan menuju pulang ke Kuala Lumpur pada hari sama.

Sewaktu mahu memandu keluar kereta hitam Perodua Alzanya melepasi pengadang di pusat pemeriksaan Singapura, Encik Bah mendapati kad Autopassnya tidak dapat dikesan dan terus menanyakan hal itu kepada pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang mengecap pasportnya.

Pegawai itu memberitahu mereka untuk memeriksa hal itu dengan pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Setelah melaporkan hal itu, Encik Bah, yang merupakan pemandu kereta itu berkata beliau terkejut apabila diberitahu kad Autopass itu tidak mengesan imbasan keluar dari Singapura sejak empat bulan lalu.

Encik Bah mengesahkan pernah mengunjungi Singapura pada Ogos lalu.

Lebih mengejutkan lagi, Encik Bah diminta membayar saman $2,700 untuk tempoh empat bulan kereta itu dianggap berada di Singapura.

“Bagaimana mungkin kereta itu berada di Singapura sedangkan saya baru membawa masuknya pagi itu?” kata Encik Bah apabila Berita Harian (BH) menghubunginya setelah video yang dikongsikannya tular di akaun Instagramnya.


Encik Bah dan temannya, Encik Heong, menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk membuat rayuan dan mencari jalan penyelesaian tetapi ia tidak mendatangkan hasil.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa dan diberitahu kereta kami akan diambil jika bayaran itu tidak dilunaskan. Situasi seperti ini tidak patut berlaku.

“Ini bukan kesalahan kami. Ini pengajaran yang amat ‘mahal’ buat kami dan kami kongsikan ini supaya pemandu lain tidak terkena sama,” tambah Encik Bah.

Apabila dihubungi BH, seorang jurucakap LTA berkata:

“Pihak kami telah menerima rayuan daripada pemandu dan telah memaklumkan kepadanya bahawa kami sedang meneliti kesnya.

“Kami akan memaklumkan keputusannya apabila siasatan selesai.”

LTA juga menasihati para pemandu kenderaan yang berhasrat untuk menyimpan atau menggunakan kenderaan asing mereka di Singapura harus merujuk kepada butiran lanjut tentang keperluan kemasukan kenderaan ke Singapura dalam pautan berikut:

https://onemotoring.lta.gov.sg/content/onemotoring/home/driving/enterin…

Seorang lagi pelawat dan pengguna IG @hafizah_mohammad786 berkata beliau juga pernah mengalami situasi yang sama, dan berkongsi pengalamannya di ruangan komen di pos Encik Bah:


“Saya pernah terkena, saya faham! Kami memang imbas di mesen Autopass. Sepatutnya pihak LTA meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) jadi boleh memantau semua kereta yang masuk dan keluar.


“Pernah sekali kad Autopass kami tidak berfungsi, dan satu lagi kali, kami terlupa untuk masukkan kad ke dalam sistem, kami dimarahi oleh pegawai. Kalau kad dimasukkan dengan betul, dan tidak ada bunyi – tidak ada masalah, boleh saja lepas, tapi kalau ada bunyi ‘tet-tet-tet’, kita perlu pergi ke pejabat LTA,” katanya.


Encik Bah berkata mereka membuat video itu untuk memberitahu pemandu-pemandu lain, khususnya dari Malaysia untuk berhati-hati di masa depan apabila melintasi Singapura.

“Perkongsian ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, kami hanya ingin menyebarkan untuk pengetahuan ramai dan terutama mereka yang jarang memandu ke Singapura dan tidak tahu caranya,” tambah Encik Bah.

Pengguna @ibelieveinxinwei pula menulis:


“Saya pernah menyewa kereta untuk masuk ke Singapura bersama teman-teman sekerja, dan terperanjat dapat tahu kereta sewa itu mempunyai saman $3,000. Untuk mengelak bayaran, teman-teman saya terpaksa meneruskan perjalanan melalui teksi, dan saya terpaksa pulang semula untuk mendapatkan pertukaran kereta..”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >