Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Masagos sambut baik langkah S’pura-Brunei anjur lawatan sambil belajar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos sambut baik langkah S’pura-Brunei anjur lawatan sambil belajar

Mar 20, 2024 | 03:32 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus mengalu-alukan lawatan sambil belajar dari Brunei untuk bertukar amalan terbaik dan memperkukuh hubungan antara Singapura dengan negara tersebut, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Beliau yang berada di Brunei bagi lawatan rasmi berkongsi pengalamannya dalam satu catatan di Facebook.

“Lawatan terbaru saya ke Brunei kali ini merupakan satu pengalaman yang bermakna untuk mempelajari lebih lanjut bagaimana masyarakat Islam di sana mengamalkan agama mereka, terutamanya pada bulan Ramadan,” katanya.

Encik Masagos bertemu rakan sejawatannya, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pehin Haji Awang Badaruddin. Beliau juga bertemu Mufti Negara Pehin Dr Haji Awang Abdul Aziz.

Merakamkan penghargaan ke atas lawatan sambil belajar oleh para pegawai Brunei daripada pelbagai kementerian, termasuk pertukaran antara Mufti Kerajaan Brunei dan Pejabat Mufti Singapura, Encik Masagos berkata, beliau mengalu-alukan lebih banyak lawatan sedemikian demi kebaikan kedua-dua negara. 

“Muis akan terus mengalu-alukan lawatan sambil belajar seperti ini untuk bertukar amalan terbaik dan memperkukuh hubungan antara negara kita,” kata Encik Masagos.

Beliau juga sempat bertemu dengan 25 pelajar Singapura yang sedang mengikuti Pengajian Islam di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan telah membincangkan perkembangan Singapura seperti landskap sektor asatizah yang berkembang dan bagaimana untuk membentuk bimbingan agama sesuai dengan era kontemporari bagi masyarakat Islam di sini.

“Saya gembira mereka menimba pengalaman bermakna di luar negara kerana ia akan menambah nilai kepada peranan mereka sebagai pemimpin agama di masa hadapan,” tambah beliau.

Dalam pos tersebut, Encik Masagos turut berkongsi bahawa semasa lawatannya itu, beliau berpeluang bertemu Yang di-Pertuan Negara Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dan kededuanya telah bertukar-tukar pandangan dan membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan belia dan juga bantuan kemanusiaan antarabangsa.

Ini termasuk pengalaman Singapura dalam menyampaikan bantuan kepada Palestin dalam bentuk penghantaran pakej makanan baru-baru ini.

Singapura dan Brunei meraikan 40 tahun persahabatan dan persaudaraan yang erat tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >