Apa kata panel penilai Anugerah Jauhari 2025
Nov 7, 2025 | 8:53 PM
Kejayaan penerima Anugerah Jauhari Berita Harian 2025, Brigedier-Jeneral (BG) Fairoz Hassan, dan penerima Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian 2025, Cik Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria, bukan sekadar ukuran pencapaian individu.
Panel penilai anugerah berkenaan melihat dua individu ini sebagai cerminan nilai masyarakat Melayu/Islam yang berpaksikan disiplin, empati dan semangat berbakti.
Yang seorang memimpin di barisan hadapan pertahanan negara, yang seorang lagi menyemai jiwa melalui dunia bahasa dan budaya.
“
“Brigedier Jeneral (BG) Fairoz Hassan ialah contoh teladan yang kita cari. Bukan mudah untuk berada dalam angkatan tentera, ia menuntut yang terbaik, namun beliau telah menepati jangkaan dan terus menjadi sumber inspirasi kepada yang lain, di dalam dan luar ketenteraan.”Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin), Encik Zainul Abidin Rasheed.
“
“Brigedier Jeneral (BG) Fairoz Hassan memegang pangkat BG dan itu sendirinya satu pencapaian luar biasa dalam masyarakat meritokratik seperti Singapura... Kejayaan BG Fairoz menjadi isyarat orang Melayu mempunyai peranan dalam ketenteraan dan turut menyumbang kepada pertahanan negara.”Zamil Kanan dan Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat.
“
“Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah menunjukkan semangat tinggi dalam pelbagai inisiatif berkaitan masyarakat, isu sosial dan alam sekitar, sambil terus memperjuangkan seni sastera Melayu.”Mantan Anggota Parlimen (AP), yang juga Pengarah Pusat Kepimpinan Komuniti dan Inovasi Sosial (Clasic) di Institut Teknologi Singapura (SIT), Dr Intan Azura Mokhtar.
“
“Meskipun menjaga ibu bapa yang uzur dan menuntut di luar negara, Nur Aisyah Lyana Mohamed Satria mengatasi segala cabaran dan tetap mencari jalan untuk berbakti melalui ‘Meja Conteng’, kerja sukarelawan serta mewakili Singapura di pentas antarabangsa. Kisahnya mengingatkan kita kepimpinan bukan soal jawatan, tetapi soal tujuan.”Ahli Lembaga Institut Timur Tengah di Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Fazlur Rahman Kamsani.
Laporan berkaitan
Panel penilai: Jasa di medan tentera, sastera tanda cinta pada masyarakatNov 7, 2025 | 8:48 PM
Sambung titisan ‘dakwat’ arwah ibu demi martabat Sastera MelayuNov 7, 2025 | 8:48 PM
Jati diri kukuh corak semangat kepimpinan pegawai kanan SAF Nov 7, 2025 | 8:53 PM

