Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Faishal lawat Brunei 24-25 Nov

Nov 23, 2025 | 2:28 PM
Lawatan kerja  Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim ke Brunei merupakan yang pertama ke negara itu selepas beliau menggalas jawatan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.
Lawatan kerja Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim ke Brunei merupakan yang pertama ke negara itu selepas beliau menggalas jawatan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. - Foto fail

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Brunei pada 24-25 November.

Lawatan kerja itu adalah yang pertama untuk Dr Faishal selepas menggalas jawatan tersebut dan bertujuan untuk memperkukuh hubungan dan memupuk kemesraan dengan para menteri dan pemimpin agama di Brunei, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya pada 23 November. 

Di Brunei, Dr Faishal dijadual bertemu Menteri Ehwal Agama, Pehin Badaruddin Othman, Mufti Negara, Pehin Abdul Aziz Juned dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Dato Ahmaddin Rahman.

Dr Faishal juga akan mengunjungi Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan institusi lain seperti Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan Masjid Omar Ali Saifuddien.

Beliau akan diiringi rombongan pegawai kanan Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg