Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Ibu’ kucing titipan belai si comel yang terabai

Aug 3, 2025 | 5:30 AM
Setiap bulan, Cik Norliza Kamardin, mengeluarkan $4,000 daripada wangnya sendiri untuk mengembiri, merawat, dan memberi makan kepada kucing jagaannya.
Setiap bulan, Cik Norliza Kamardin, mengeluarkan $4,000 daripada wangnya sendiri untuk mengembiri, merawat, dan memberi makan kepada kucing jagaannya. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Walaupun bukan doktor haiwan bertauliah mahupun aktivis, Cik Norliza Kamardin, Cik Siti Iswani Zainal, dan Cik Nur Farizah Mat Arsat, memikul satu tanggungjawab yang bukan kecil, iaitu menjaga dan memelihara kucing yang dibuang dan tercedera.

Ketiga-tiga wanita itu masing-masing tampil dengan pendekatan tersendiri dalam membantu haiwan terabai itu.

Cik Norliza, 52 tahun, seorang kakitangan korporat, membelanjakan $4,000 setiap bulan untuk mengembiri, merawat, dan memberi makan kepada kucing jagaannya.

Sementara itu, Cik Iswani, 45 tahun, seorang suri rumah, berpindah ke flat lima bilik dari flat tiga bilik demi keselesaan kucing itu serta menjalankan perniagaan dari rumah untuk menampung kos rawatan veterinar.

Apabila tidak bekerja sebagai guru prasekolah, Cik Farizah, 37 tahun, pula mengukur berat badan anak kucing itu setiap hari demi memastikan kesihatan mereka sebelum diberi kepada keluarga yang penyayang.

Sedang orang awam seperti tiga wanita itu memainkan peranan menjaga kucing terbiar, pihak berkuasa juga mengambil langkah lebih menyeluruh menerusi pelaksanaan Rangka Kerja Pengurusan Kucing (CMF) yang dilancarkan pada 1 September 2024.

Di bawah rangka kerja itu, semua pemilik kucing perlu melesenkan kucing peliharaan mereka, sebagai sebahagian daripada usaha jangka panjang meningkatkan kebajikan kucing, serta memastikan haiwan itu dapat dikesan dan tidak diabaikan.

Hingga Jun 2025, sekitar 37,000 kucing peliharaan telah dilesen, dan lebih 95 peratus daripada jumlah itu dikembiri, kata Lembaga Taman Negara (NParks) kepada Berita Minggu.

Demi memudahkan urusan pemilik, AVS menyediakan tempoh peralihan hingga 31 Ogos 2026, dengan permohonan lesen disediakan secara percuma.

Selepas tarikh 31 Ogos, pemilik kucing dijangka membayar sekurang-kurangnya $15 atau $90 seekor, masing-masing bagi lesen kucing kembiri dan tidak kembiri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg