Lebih $2.4 juta berjaya dikumpulkan sepanjang inisiatif kumpul dana ‘Aid for Gaza 2025’ anjuran Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).
Inisiatif yang dikendalikan dari 24 Februari hingga 6 April 2025 disokong Tabung Bantuan Darurat Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) dan Humanity Matters.
Pada 27 Jun, Pengerusi RLAF, Encik Abdul Razak Maricar dan Ketua Pegawai Eksekutif RLAF Encik Adnan Abdul Hamid, menyampaikan cek simbolik bernilai $1 juta kepada Pakar Perkongsian Unicef, Encik Kenneth Wong Dai Jhin.
Majlis yang diadakan di Hab Islam Singapura (SIH) di Braddell Road itu turut dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Dana yang dikumpulkan itu akan menyokong bantuan berterusan termasuk Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH), keperluan kesihatan dan perubatan, pendidikan, sosial dan perlindungan kanak-kanak yang terjejas oleh krisis kemanusiaan di Gaza.
Inisiatif pengumpulan dana ‘Aid for Gaza 2025’ telah diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura, SG60, dengan kerjasama 11 M³@Bandar.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg