Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keppel ikrar $1j perkukuh penjagaan demensia

Sep 5, 2025 | 8:00 PM
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam (kiri), hadir selaku tetamu terhormat di majlis makan malam gala bagi menyambut ulang tahun ke-35 Demensia Singapura (DSG) di Pan Pacific Singapore pada 5 September. Bersama beliau ialah (dari kiri) Pengarah Advokasi & Komunikasi DSG, Encik Bernard Lim; Ketua Pegawai Eksekutif DSG, Encik Jason Foo; dan  Pengurus Besar Pan Pacific Singapore, Encik Melvin Lim.
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam (kiri), hadir selaku tetamu terhormat di majlis makan malam gala bagi menyambut ulang tahun ke-35 Demensia Singapura (DSG) di Pan Pacific Singapore pada 5 September. Bersama beliau ialah (dari kiri) Pengarah Advokasi & Komunikasi DSG, Encik Bernard Lim; Ketua Pegawai Eksekutif DSG, Encik Jason Foo; dan Pengurus Besar Pan Pacific Singapore, Encik Melvin Lim. - Foto ST

Sumbangan sejumlah $1 juta diikrarkan oleh Keppel Ltd. bagi tiga tahun mendatang, melalui cabang dermawan syarikat tersebut, Yayasan Keppel Care.

Ia adalah sebahagian daripada pembaharuan kerjasama dengan pertubuhan khidmat sosial Demensia Singapura (DSG), untuk memperkukuh program dan perkhidmatan penjagaan demensia di Singapura.

Menurut DSG dalam satu kenyataan pada 5 September, sejumlah $500,000 akan digunakan sebagai subsidi yuran untuk golongan memerlukan di bawah perkhidmatan Pusat New Horizon.

Ia menyediakan khidmat penjagaan siang hari untuk meningkatkan kesejahteraan penghidap demensia dan penjaga mereka.

Kerjasama yang diperbaharui itu dilancarkan semasa majlis makan malam gala bagi menyambut ulang tahun ke-35 DSG pada 5 September, yang diadakan bersempena Bulan Alzheimer Sedunia.

Diadakan di Pan Pacific Singapore, majlis tersebut dihadiri Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, selaku tetamu terhormat bersama beberapa pemimpin DSG dan Keppel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg