Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SWO Zulkarnaen pegawai Melayu pertama naik pangkat jadi Ketua Pegawai Waran SAF mulai 1 Jul

Jun 27, 2025 | 8:00 PM
Pegawai Pemerintah Sekolah Vokasional Keselamatan dan Kepolisan di Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI), Pegawai Waran Kanan (SWO) Zulkarnaen Hussain, dinaikkan pangkat kepada Ketua Pegawai Waran (CWO), mulai 1 Julai.
Pegawai Pemerintah Sekolah Vokasional Keselamatan dan Kepolisan di Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI), Pegawai Waran Kanan (SWO) Zulkarnaen Hussain, dinaikkan pangkat kepada Ketua Pegawai Waran (CWO), mulai 1 Julai. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Sejarah bakal dicatat Pegawai Waran Kanan (SWO), Zulkarnaen Hussain, apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Ketua Pegawai Waran (CWO), mulai 1 Julai ini.

SWO Zulkarnaen, 53 tahun, merupakan pegawai Melayu pertama dinaikkan pangkat CWO, pangkat pegawai waran tertinggi dalam hierarki pegawai waran Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). 

Beliau antara sekitar 1,200 anggota SAF yang menerima sijil pada Majlis Kenaikan Pangkat Kementerian Pertahanan (Mindef)/SAF, yang berlangsung pada 26 dan 27 Jun di Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baru di Hillview Link. 

Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, dan Panglima SAF, Laksamana Madya (VADM) Aaron Beng, hadir bagi menyampaikan sijil kepada pegawai kanan, termasuk mereka yang dinaikkan pangkat CWO, Kolonel, Pakar Tentera 7 (ME7) dan kedudukan ke atas.

Dalam satu wawancara dengan Berita Harian (BH), SWO Zulkarnaen berkata:

“Saya berasa rendah hati dengan pengiktirafan ini kerana segala usaha dan kerja keras saya selama ini akhirnya diiktiraf dan diberi penghargaan.”

Beliau, yang menyandang jawatan Pegawai Pemerintah Sekolah Vokasional Keselamatan dan Kepolisan di Institut Latihan Pertahanan Pulau (IDTI), telah menabur bakti selama 34 tahun dalam Kor Polis Tentera Singapura sejak menyertai SAF pada 1991.

Sepanjang kerjayanya, SWO Zulkarnaen, memainkan peranan penting dalam melatih anggota Polis Tentera dan Pasukan Keselamatan SAF, termasuk memperkenalkan pendekatan teknologi bagi meningkatkan mutu latihan dan kesiapsiagaan operasi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg