MHA maklum 2 warga S’pura bertempur di Gaza bagi IDF, dakwaan belum disahkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MHA maklum 2 warga S’pura bertempur di Gaza bagi IDF, dakwaan belum disahkan

Declassified UK pada 11 Feb lapor data IDF menunjukkan dua pemegang pasport S’pura tersenarai
Feb 19, 2026 | 8:13 PM

MHA maklum 2 warga S’pura bertempur di Gaza bagi IDF, dakwaan belum disahkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
warga S’pura, IDF, MHA Singapura Israel, Declassified UK Singapore
Data portal kewartawanan penyiasatan Britain, Declassified UK, memperincikan jumlah anggota Angkatan Pertahanan Israel (IDF) yang memegang dua atau lebih kewarganegaraan setakat Mac 2025. - Foto REUTERS

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan ia maklum tentang satu laporan berita asing yang mendakwa dua warga Singapura adalah antara mereka yang bertempur buat Angkatan Pertahanan Israel (IDF) semasa konflik di Gaza.

Namun, MHA memberitahu The Straits Times (ST) pihaknya “tidak mempunyai sebarang maklumat yang disahkan setakat ini bahawa ada mana-mana warga Singapura sedang atau pernah bertempur sebagai sebahagian daripada IDF”.

MHA menjawab pertanyaan berhubung laporan 11 Februari yang diterbitkan oleh portal kewartawanan penyiasatan Britain, Declassified UK.

Menurut laporan itu, data IDF menunjukkan lebih 50,000 askar yang mempunyai kewarganegaraan Israel dan sekurang-kurangnya satu kewarganegaraan lain telah mengambil bahagian dalam konflik tersebut.

Dua pemegang pasport Singapura tersenarai – seorang yang turut mempunyai kewarganegaraan Israel, dan seorang lagi yang memegang pelbagai kewarganegaraan. 

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan peranan atau tempoh penglibatan mereka.

Laporan berkenaan menyebut data itu diperoleh melalui permohonan Kebebasan Maklumat kepada IDF oleh Encik Elad Man daripada pertubuhan bukan pemerintah Israel, Hatzlacha. 

Data tersebut memperincikan jumlah anggota IDF yang memegang dua atau lebih kewarganegaraan setakat Mac 2025, dengan kumpulan terbesar dari Amerika Syarikat, Russia, Ukraine, Perancis dan Jerman.

Isu itu menarik perhatian apabila mantan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, menyifatkannya sebagai “membimbangkan dan memerlukan penjelasan” dalam satu hantaran Facebook. 

Beliau mengingatkan di bawah undang-undang Singapura, warga dan penduduk tetap Singapura tidak boleh berkhidmat dalam angkatan tentera asing tanpa kebenaran.

Beliau turut menegaskan pemerintah telah menjelaskan warga Singapura tidak sepatutnya mengangkat senjata dalam peperangan pihak lain, dan Singapura secara umumnya tidak membenarkan kewarganegaraan berganda.

Pada Mac 2022, ketika konflik Russia-Ukraine, MHA menegaskan adalah menyalahi undang-undang bagi warga Singapura untuk menyertai angkatan tentera asing, dengan hukuman termasuk penjara seumur hidup atau sehingga 15 tahun serta denda.

Di bawah Perlembagaan Singapura, individu di bawah 21 tahun boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan, tetapi mesti memilih dan melepaskan kewarganegaraan Singapura selepas itu.

Konflik di Gaza tercetus susulan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. 

Menurut data Kementerian Kesihatan Palestin, serangan udara dan darat Israel di Gaza telah mengorbankan lebih 72,000 orang sejak itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg