Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MHA nasihati dua pempengaruh S’pura tentang pos konflik Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA nasihati dua pempengaruh S’pura tentang pos konflik Gaza

Feb 23, 2024 | 07:30 PM



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengesahkan dua pempengaruh telah dinasihati pihak berkuasa berkaitan kandungan media sosial mereka berhubung konflik di Gaza.

Pada 15 Februari, pempengaruh media sosial Camira Asrori menyiarkan video di akaun Instagram dan TikTok mengenai pengalamannya disoal pihak berkuasa Singapura selepas menghadiri bantahan pro-Palestin di Jepun.

Seorang lagi pempengaruh, Cik Dahlia Mohd, berkata dalam ruang komen pada siaran Cik Camira bahawa beliau disoal pihak berkuasa selepas seseorang membuat aduan terhadap catatan beliau di media sosial dan kutipan derma yang beliau lakukan.

​Menjawab pertanyaan The Straits Times, MHA berkata: “Camira Asrori dinasihatkan agar tidak menggalak rakyat Singapura membantah di luar negara, kerana kita telah melihat kegiatan sedemikian boleh membawa kepada kekacauan awam dan keganasan, dan penunjuk perasaan berisiko melanggar undang-undang negara, dan meletak diri mereka dalam bahaya.”


Pengusaha fesyen berusia 29 tahun itu, yang ada lebih 27,300 pengikut, berkata pihak berkuasa menahan beliau di pusat pemeriksaan sekembalinya ke Singapura.

Dalam klip itu, yang mendapat lebih 1.35 juta tontonan, Cik Camira berkata beliau diberitahu catatannya di media sosial itu bak menggalak rakyat Singapura melakukan yang sama dan tindakan itu mungkin menjejaskan keselamatan mereka.

Beliau tidak mendedahkan agensi pemerintah terlibat dalam soal siasat itu.

Tentang Cik Dahlia, berusia awal 40-an tahun, MHA berkata mungkin ada pertubuhan atau badan amal menggunakan konflik Israel-Hamas untuk menutup pembiayaan kegiatan pengganasan, atau untuk tujuan menipu.

“Meskipun pemerintah menyokong dan menggalak sumbangan kepada usaha bantuan kemanusiaan di Gaza, Dahlia Mohd dinasihati agar mengesahkan pertubuhan atau badan amal yang beliau dermakan wang yang dikumpul, dan menderma kepada badan yang disahkan secara rasmi, supaya beliau tidak secara tidak sengaja memberi sokongan kewangan kepada kumpulan pengganas,” kata MHA.

Di bawah Akta Pengganasan (Sekatan Pembiayaan), adalah satu kesalahan bagi warga Singapura secara langsung atau tidak mengumpul aset jika mereka ada alasan munasabah untuk mempercayai aset itu akan digunakan bagi sebarang tindakan pengganasan.

Cik Dahlia, yang ada hampir 20,000 pengikut, mengumpul dana antara 7 November dan 31 Disember 2023 bagi misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin melalui pertubuhan bukan kerajaan Malaysia, Cinta Gaza Malaysia, yang ditubuhkan aktivis Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Dalam ucapan Belanjawan pada 16 Februari, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, memperkenal sebuah skim baru di mana sumbangan kepada usaha bantuan kemanusiaan di luar negara melalui badan amal yang ditetapkan layak mendapat potongan cukai 100 peratus.


Badan amal sebegitu harus mempunyai bantuan kemanusiaan kecemasan sebagai sebahagian daripada objektif mereka untuk layak, serta meningkatkan tadbir urus dan kawalan terhadap aliran dana haram, kata Kementerian Kewangan.


Senarai badan amal yang ditetapkan akan diterbitkan pada 1 Januari 2025. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >