MOM: Pasaran pekerja S’pura kembang pada 2025, pemberhentian kerja meningkat suku keempat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOM: Pasaran pekerja S’pura kembang pada 2025, pemberhentian kerja meningkat suku keempat

Disokong prestasi ekon kukuh namun lebih banyak risiko pada 2026 akibat ketidaktentuan geopolitik
Mar 20, 2026 | 12:54 PM

MOM: Pasaran pekerja S’pura kembang pada 2025, pemberhentian kerja meningkat suku keempat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pasaran kerja, MOM
Syarikat dijangka kekal berjaga-jaga dalam pengambilan pekerja dan penetapan gaji pada suku pertama 2026. - Foto ST

Pasaran pekerja Singapura terus berkembang pada 2025 disokong prestasi ekonomi yang kukuh dan permintaan pekerja berterusan, namun berdepan lebih banyak risiko pada 2026 akibat ketidaktentuan geopolitik.

Petunjuk pada suku terakhir 2025 menunjukkan cabaran semakin ketara, dengan pemberhentian pekerja meningkat sedikit dan nisbah kekosongan jawatan kepada penganggur menurun berbanding tahun sebelumnya (2024).

Peluang pekerjaan menjadi lebih terhad berbanding jumlah pencari kerja.

Bagi keseluruhan 2025, bilangan penduduk yang bekerja, iaitu warga Singapura dan Penduduk Tetap, meningkat sebanyak 11,600, berbanding 8,800 pada 2024, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 20 Mac dalam laporan terkininya.

Warga Singapura membentuk sekitar 85 peratus daripada penduduk yang bekerja di sini.

Walaupun lebih ramai penduduk memperoleh pekerjaan, pasaran pekerja kekal “kukuh” pada 2025, kata MOM.

Terdapat 1.58 kekosongan jawatan bagi setiap penganggur pada Disember 2025, meningkat daripada 1.50 pada September tetapi lebih rendah berbanding 1.64 pada Disember 2024.

Bilangan kekosongan jawatan meningkat daripada 69,600 pada September kepada 77,700 pada Disember 2025.

Kira-kira 70 peratus daripadanya adalah pekerjaan yang lazimnya dipegang penduduk, termasuk perkhidmatan profesional, kewangan serta kesihatan dan sosial.

Bilangan pekerja asing meningkat sebanyak 43,900 pada 2025, berbanding 35,700 pada 2024, dengan pemegang permit kerja sektor pembinaan membentuk sebahagian besar pertumbuhan.

Pertumbuhan bersih pekerjaan penduduk didorong oleh sektor kewangan serta penjagaan kesihatan dan kemasyarakatan, manakala pekerjaan menurun dalam sektor maklumat dan perhubungan serta perkhidmatan profesional selepas peningkatan pada 2024.

Secara keseluruhan, pekerjaan meningkat sebanyak 55,500 pada 2025, berbanding 44,500 pada 2024.

Kadar pengangguran kekal “rendah dan mantap”, dengan kadar keseluruhan 2 peratus pada Disember 2025, 2.9 peratus bagi penduduk dan 3 peratus bagi warga – sedikit lebih tinggi berbanding 2024.

Kadar pengangguran jangka panjang penduduk kekal pada 0.9 peratus.

Jumlah pemberhentian kerja meningkat kepada 14,490 pada 2025 berbanding 13,020 pada 2024, dengan penduduk merangkumi 73.7 peratus daripada yang terjejas.

Secara suku tahunan, bilangan pemberhentian kerja meningkat sedikit daripada 3,670 pada suku Julai hingga September kepada 3,690 pada suku Oktober hingga Disember 2025.

Sektor dengan pemberhentian kerja lebih tinggi seperti perkhidmatan kewangan (2,240) dan profesional (1,900) turut mencatat kekosongan jawatan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang tinggi, menunjukkan perubahan struktur dan peralihan kemahiran, bukan kemerosotan dalam permintaan bagi peranan PMET.

Dalam kalangan penduduk yang diberhentikan, kadar kembali bekerja dalam tempoh enam bulan menurun sedikit daripada 57.4 peratus pada suku ketiga kepada 55.4 peratus pada suku keempat.

Bagi 2026, syarikat dijangka kekal berjaga-jaga dalam pengambilan pekerja dan penetapan gaji pada suku pertama.

Tinjauan Disember 2025 menunjukkan peratusan syarikat yang merancang pengambilan pekerja atau kenaikan gaji dalam tiga bulan berikutnya kekal sederhana, walaupun petunjuk awal Januari 2026 menunjukkan peningkatan, kata MOM tanpa butiran lanjut.

Pemberhentian dijangka meningkat sedikit dalam sektor bergantung pada pasaran luar seperti maklumat dan komunikasi, perkilangan serta kewangan dan insurans, namun tidak mencapai kemelesetan.

Pekerjaan penduduk dijangka berkembang pada kadar sama atau sedikit lebih perlahan pada 2026, manakala pertumbuhan pekerjaan pekerja asing terus meningkat lebih cepat dengan kadar pengangguran kekal rendah dan mantap sepanjang 2026.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg