Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

NHB beri dana lebih $15j sokong projek warisan sepanjang 10 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

NHB beri dana lebih $15j sokong projek warisan sepanjang 10 tahun

Mar 18, 2024 | 06:10 PM



Kematian, satu topik tabu bagi ramai orang, adalah subjek bagi buku yang bakal dihasilkan, meneroka evolusi amalan keagamaan dan kebudayaan di Singapura.

Berjudul Death And The Afterlife: Multidisciplinary Perspectives From A Global City (Kematian dan Kehidupan Akhirat: Perspektif Pelbagai Disiplin Dari Sebuah Bandar Global), buku itu akan merakamkan dan mengkaji bagaimana tatacara kematian berkembang dengan proses pembandaran.


Ia adalah salah satu daripada lebih 550 projek yang disokong Skim Geran Warisan Lembaga Warisan Negara (NHB) sejak ia dilancarkan pada 2013.

Skim ini telah menganugerahkan lebih $15 juta setakat ini kepada projek yang diterajui masyarakat termasuk penerbitan, pameran dan podcast yang mempromosikan warisan tempatan.

Skim itu terdiri daripada Geran Projek Kecil dan Besar.

Geran Projek Kecil menyokong projek warisan masyarakat sehingga 50 peratus daripada jumlah kos projek, atau maksimum $50,000.

Geran Projek Besar pula menyokong projek berskala lebih besar yang berpotensi memberi sumbangan berkekalan kepada landskap warisan Singapura.

Ia membiayai sehingga 50 peratus jumlah kos projek atau maksimum $150,000.

Death And The Afterlife telah dianugerahkan Geran Projek Kecil pada April 2022.


Ia mempamerkan penyelidikan dan perbincangan oleh cendekiawan dan pengamal daripada pelbagai disiplin termasuk sosiologi, sejarah, seni masyarakat, pengajian sastera dan fotografi.

“Saya amat tertarik tentang bagaimana kematian wujud, namun ia jarang disebut di bahagian dunia kita dan lebih-lebih lagi apabila kita mempertimbangkan betapa masyarakat Cina keberatan berbicara tentang topik kematian,” kata pensyarah kanan Pembelajaran Utama, Kolej Antara Disiplin dan Pembelajaran Pengalaman di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Dr Lye Kit Ying.

“Rasa keberatan ini akhirnya mengakibatkan kehilangan pengetahuan tentang amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat dalam mengendalikan orang mati,” kata Dr Lye, 38 tahun, pakar kematian dalam kebudayaan dan kesusasteraan Asia Tenggara.

Beliau menyunting buku tersebut bersama Dr Terence Heng, pensyarah kanan sosiologi di Universiti Liverpool.

Buku setebal 182 muka surat itu bakal dilancarkan pada Jun, menyatukan penyelidikan dan perbincangan 10 penyelidik dan pengamal, termasuk Dr Lye dan Dr Heng.

Satu lagi projek yang disokong skim NHB adalah sebuah galeri warisan dan mural dinding luaran yang merakamkan sejarah Arya Samaj Singapura dan Sekolah Anglo-Vedic Dayanand (Sekolah Hindi DAV).

Mural itu, lukisan seniman Singapura, Yip Yew Chong, adalah salah satu yang terbesar di Little India, berukuran 36 meter kali 8 meter dan seluas dua bangunan sepanjang Syed Alwi Road. Ia dianugerahkan Geran Projek Besar pada April 2022.

Menurut Timbalan Ketua Eksekutif NHB (polisi dan masyarakat), Encik Alvin Tan, lembaga itu menyedari peningkatan dalam bilangan permohonan geran semasa tahun-tahun penting, menyebabkan lebih banyak projek mendapat dana.

Semasa SG50, tahun yang menyambut kemerdekaan negara ke-50 pada 2015, sebagai contoh, 147 projek telah diluluskan.

Dalam pada itu, semasa Bicentennial Singapura, sambutan memperingati 200 tahun Singapura pada 2019, 160 projek telah diberikan dana.

Terdapat juga kepelbagaian yang semakin meningkat dalam permohonan projek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >