Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Nilai hadiah di pusat hiburan, pesta ria dihad tidak lebih $100

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nilai hadiah di pusat hiburan, pesta ria dihad tidak lebih $100

Sebahagian strategi lebih luas kurangi risiko judi, terutama dalam kalangan belia: MHA 
Feb 01, 2024 | 05:21 PM



Beberapa sekatan baru akan dikenakan ke atas hadiah yang ditawarkan di pusat hiburan seperti arked dan pesta ria (funfair).

Mulai 1 Mac, nilai hadiah yang boleh dimenangi melalui permainan di tempat serupa itu akan dihadkan pada $100.

Pengendali pusat hiburan juga dilarang menawarkan wang tunai, apa-apa yang setara dengan tunai, baucar pedagang atau kupon sebagai ganjaran.

Selain itu, amalan menjual balik hadiah kepada pengendali tidak lagi dibenarkan, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada 1 Februari.

Langkah itu adalah sebahagian daripada strategi lebih luas untuk mengurangkan risiko perjudian, terutamanya dalam kalangan belia. 

MHA berkata ia menyaksikan trend permainan hiburan semakin bergantung pada nasib dan tawaran barangan bernilai tinggi, seperti telefon bijak serta konsol permainan, untuk menarik minat pemain.

Unsur itu apabila digabungkan mengaburkan garis antara permainan dengan perjudian, ujar kementerian itu.

“Permainan yang ditawarkan pada mesin hiburan di pusat hiburan dan pesta ria ini adalah berdasarkan nasib.

“Hadiah bernilai tinggi (contohnya telefon bijak dan konsol permainan) juga ditawarkan untuk menarik orang ramai bermain.

“Kedua-dua komponen ini bermakna melibatkan diri dalam permainan sedemikian tidak jauh berbeza daripada perjudian,” kata MHA.

Kementerian itu berkata beberapa pihak berkuasa luar negara mengenakan sekatan ke atas nilai hadiah.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Perjudian Britain meletakkan had £50 ($84) bagi nilai hadiah untuk permainan yang ditawarkan dalam mesin penyepit, atau ‘claw machine’.

MHA menambah bahawa ia telah memberi notis kepada semua pengendali relevan pada 6 Februari 2023 untuk memudahkan pengurusan inventori hadiah bernilai tinggi sedia ada mereka.

Makluman tambahan juga telah dikeluarkan pada 31 Januari 2024, menurut MHA, yang menggesa pengendali “memaklumkan pelanggan mereka tentang sekatan yang bakal dilaksanakan, termasuk dengan meletakkan notis di premis mereka”.

Sekiranya gagal mematuhi peraturan itu, mereka boleh dikenakan hukuman berat di bawah Akta Hiburan Awam.

Pengendali boleh dikenakan denda hingga $20,000, penggantungan atau pembatalan Lesen Hiburan Awam mereka.

Di samping itu, jika didapati terlibat dalam kegiatan perjudian haram, mereka boleh dikenakan denda hingga $500,000 dan hukuman penjara hingga tujuh tahun.

​Pesalah berulang bolah dikenakan hukuman lebih berat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >