Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Nottingham Forest pecat pengurus

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nottingham Forest pecat pengurus

Dec 20, 2023 | 01:34 PM



LONDON: Nottingham Forest telah memecat pengurus pasukan itu, Steve Cooper, pada awal pagi 20 Disember.


Bekas penyerang pasukan itu, Glenn Murray, berkata, “seolah-olah mereka (Nottingham Forest) tidak sabar untuk melepaskan Cooper daripada jawatan.”

Cooper dipecat selepas pasukan bimbingannya mengalami lima kekalahan berturut-turut dalam enam perlawanan terakhir.

Forest hanya mampu mencatat satu kemenangan daripada 13 perlawanan Liga Perdana England (EPL).

Situasi itu menyebabkan Forest berada hanya satu tangga di atas zon penyingkiran.

Cooper, 44 tahun, amat disanjungi peminat Forest setelah membimbing pasukan itu untuk kembali naik ke Liga Perdana England (EPL) selepas 23 tahun.

Murray berpendapat, “saya rasa beliau mampu menjaga Nottingham Forest untuk tahun yang seterusnya.”

Selepas pemecatan Cooper, pemilik Forest, Evangelos Marinakis, berkata:

“Kejayaannya membawa Nottingham Forest untuk kembali ke Liga Perdana akan kekal sebagai detik ikonik dalam sejarah kelab.”

Marinakis menambah:

“Hubungan persahabatan Steve dengan kelab ini akan sentiasa kekal baik. Beliau akan sentiasa dialu-alukan di City Ground.”

Forest dilaporkan sedang mengadakan perundingan bersama mantan pengurus Wolves dan Tottenham, Nuno Espirito Santo untuk menggantikan Cooper.

Nuno, 49 tahun, dipecat oleh kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad pada November.

Cooper, yang juga mantan pengurus England Bawah-17, dilantik semasa Forest berada dalam divisyen Championship pada September 2021.

Di bawah pengawasannya, kelab itu dinaikkan ke EPL dalam musim yang sama.

Skuad Forest telah diubah suai selepas melangkah ke EPL.

Seramai 19 pemain dimasukkan dengan perjanjian tetap. Tiga lagi dipinjamkan sementara 17 pemain meninggalkan kelab itu.

“Beliau menguruskan bilik persalinan yang penuh dengan pemain baru dalam tahun pertamanya dalam EPL.

“Beliau berjaya menyatukan skuad kendaliannya dengan baik dan mempertahankan kedudukan pasukannya di peringkat EPL,” ujar Murray.

“Dalam musim yang kedua, matlamatnya sama untuk kekal dalam EPL,” tambah beliau.

“Justeru itu, saya terkejut dengan pemecatan itu.”

Kemungkinan besar Cooper akan menjadi buruan kelab-kelab EPL, dengan Crystal Palace dikenali sebagai peminatnya.

Seorang pengacara podcast Nottingham Forest, Rich Ferraro berkata kepada media bahawa reputasi Cooper meningkat sepanjang kerjayanya.

Kelab mungkin akan berasa kesal setelah melepaskannya.

“Ia seperti akhir kepada satu hubungan,” ujar Ferraro.

“Kami berasa sedih atas pemergian Cooper, namun kami juga harus mengingati masa-masa bahagia bersamanya,”

“Cooper berjaya membawa kelab ini ke EPL. Beliau membuat kami berdaya saing untuk berdepan lawan selepas itu, terutama dengan perubahan pemain yang begitu ramai. Itu merupakan cabaran yang sangat berbeza.”

“Sebilangan daripada kami mengatakan bahawa yang paling menyedihkan adalah apabila melihat Cooper berjaya bersama kelab lain dan berfikir ‘adakah kami menyesal melepaskannya?” tambah Ferraro.

Forest kini lima mata di atas tiga pasukan tercorot dalam EPL.

Ada spekulasi yang menyatakan bahawa perjanjian dengan Nuno mungkin akan disempurnakan sebelum perlawanan penting pada 23 Disember di padang sendiri menentang Bournemouth. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >