Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pekerja migran kekal riang rai perayaan, dapat penghargaan jadi imam sukarela

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja migran kekal riang rai perayaan, dapat penghargaan jadi imam sukarela

Apr 21, 2024 | 06:23 PM



Walaupun berjauhan daripada ahli keluarga sepanjang Ramadan dan Syawal, golongan pekerja asing seperti Encik Hossain Nazir tetap riang meraikan perayaan tersebut di sini.

Apakan tidak, suasana sekeliling Encik Hossain, 38 tahun, tetap riuh tatkala menjadi sukarelawan selaku imam solat subuh, maghrib, isyak, Tarawih dan solat Hari Raya, di asramanya sejak enam tahun lalu.

Di atas sumbangannya yang tidak kenal erti penat, Encik Hossain telah diberikan Sijil Penghargaan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu acara pada 21 April.

Beliau adalah antara lebih 80 pekerja asing Muslim yang menerima sijil semasa sambutan Hari Raya dan Majlis Penghargaan Imam, sebagai tanda penghargaan di atas khidmat sukarela mereka membantu di masjid serta di asrama pekerja migran.

Kira-kira 1,000 pekerja asing Muslim berkumpul di Pusat Rekreasi (RC) Sembawang untuk acara itu, anjuran Kumpulan Assurance, Care, and Engagement (ACE) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dengan kerjasama rakan kongsi masyarakat seperti Muis, Hope Initiative Alliance (HIA), 24Asia, Masjid Assyafaah, Semangat untuk Berkhidmat, HealthServe, The Salvation Army, Besar Hati and Projek Bhai.

“Saya tetap gembira meskipun berjauhan daripada keluarga, sebab suasana sekeliling saya sentiasa riuh semasa di asrama ini – langsung tiada rasa penat,” kata beliau kepada wartawan.

Encik Hossain berkata yang beliau sudah bekerja sebagai pekerja di tapak binaan di Singapura selama lebih 13 tahun.

Ini sedang orang tua, isteri dan dua orang anak perempuan beliau yang tinggal di kampung halaman mereka di Bangladesh, sentiasa menantikan khabarnya.

Di samping kerjanya di sini, Encik Hossain tetap berdedikasi berkhidmat kepada masyarakat sebagai seorang imam solat Tarawih di asrama tempat beliau tinggal, Asrama Coastal di Tanah Merah Coast Road dan sebuah lagi asrama di kawasan Tampines.

Ketua Kumpulan ACE, Encik Tung Yui Fai yang menghadiri acara itu selaku tetamu terhormat mengiktiraf sumbangan sukarelawan seperti Encik Hossain.

“Acara ini diadakan sebagai mengiktiraf kerja baik yang (para pekerja migran) telah lakukan dan membantu mereka untuk terus mengamalkan kepercayaan sedang mereka bekerja jauh dari rumah dan keluarga,” kata Encik Tung.

Pengurus, cawangan komunikasi dan penglibatan ACE, Encik Muhammad Nizam Amlan turut menggesa lebih ramai pekerja migran untuk tampil menabur bakti kepada masyarakat setempat.







Di majlis itu, Timbalan Mufti Muis, Ustaz Mohd Murat Md Aris meluahkan penghargaan beliau terhadap golongan pekerja migran yang “masih meneruskan usaha sukarela murni di luar asrama” walaupun selepas wabak COVID-19.

“Sebahagian daripada anda (mereka) telah melanjutkan khidmat sukarela kepada masjid, mengorbankan hari cuti anda untuk menjadi sukarelawan, dan bekerja lebih keras untuk berkhidmat kepada orang lain.

“Dedikasi dan sikap tidak mementingkan diri anda (mereka) bukan sahaja patut dipuji; ia sememangnya, mencontohi semangat sebenar agama kita melalui tindakan.”

Seorang lagi penerima sijil penghargana itu, Encik Ali Md Ashik, 27 tahun pula, pula sudah bekerja di Singapura selama lapan tahun sebagai seorang Penyelia Tapak Bina dan mempunyai seorang ibu di Bangladesh.


“Saya amat bersyukur menerima sijil tersebut kerana ini adalah kali pertama saya mendapatnya selepas tujuh tahun menjadi imam di asrama,” ujar beliau yang tinggal di Cochrane Lodge 1 di Admiralty Road.


Sebagai sebahagian daripada perayaan itu, pekerja migran turut berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan tradisional, melawat pelbagai rerurai yang mempromosikan peluang pendidikan dan latihan, kelas pengayaan, kesihatan mental selain menyertai pelbagai kegiatan yang dianjurkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >