Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar, alumni SIT bakal terima sokongan perancangan kerjaya

Oct 13, 2025 | 6:41 PM
Chermaine Chan, Muhammad Syafiq, SIT
Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong (kanan) berinteraksi dengan graduan Institut Teknologi Singapura (SIT), Cik Chermaine Chan (kiri) dan Encik Muhammad Syafiq selepas majlis konvokesyen mereka pada 13 Oktober. - Foto ST
Menurut SIT, panduan bagi graduan dan alumni akan disesuaikan mengikut keperluan individu dan trend industri.
Menurut SIT, panduan bagi graduan dan alumni akan disesuaikan mengikut keperluan individu dan trend industri. - FOTO ST

Semua pelajar dan alumni Institut Teknologi Singapura (SIT) kini berpeluang merancang masa depan kerjaya mereka dengan lebih tersusun melalui program baru kendalian universiti itu, Design Your Futures (DYF).

Program DYF menggunakan pendekatan pemikiran reka bentuk daripada Universiti Stanford dan penulis, Verne Wheelwright.

Program yang diperkenalkan pada September, dimulakan seawal orientasi bagi pelajar baru.

Ia diteruskan sepanjang tempoh pengajian melalui kegiatan berstruktur, projek inovasi sosial serta penempatan kerja lapan hingga 12 bulan di bawah program bersepadu kerja dan belajar.

Penasihat akademik turut membimbing pelajar untuk menghubungkan matlamat kehidupan dan kerjaya mereka.

Presiden SIT, Profesor Chua Kee Chaing menjelaskan bahawa DYF membantu pelajar membentuk masa depan dengan tindakan yang disengajakan serta membina daya tahan dan keanjalan mental untuk menghadapi perubahan dunia kerja.

Mulai Januari 2026, versi padat program tersebut akan ditawarkan kepada lebih 21,000 alumni SIT sebagai kursus Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) selama dua hari dengan sesi refleksi susulan enam bulan kemudian.

Alumni boleh menggunakan kredit Learn for Life untuk menyertai kursus percuma bernilai hingga $3,500 setiap lima tahun.

SIT turut memperluas sokongan kerjaya kepada semua pelajar dan graduan melalui bimbingan kerjaya, semakan resume, latihan temu duga dan strategi pencarian kerja.

Ia termasuk panduan disesuaikan mengikut keperluan individu dan trend industri.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, dalam majlis konvokesyen SIT di kampus baru Punggol, memuji kadar kebolehpasaran graduan SIT.

87 peratus daripada mereka mendapat pekerjaan dalam enam bulan, dan 92 peratus daripadanya bekerja dalam bidang berkaitan pengajian.

Beliau menekankan kepentingan ketekunan dan pertumbuhan berterusan dalam membina kerjaya.

Kisah Encik Neo Jun Jie, 29 tahun, yang dilahirkan dengan cerebral palsy, menyerlahkan semangat SIT.

Sebagai antara graduan pertama dalam program ijazah Kecerdasan Buatan Gunaan, beliau berjaya memperoleh pekerjaan sebagai jurutera sebelum tamat pengajian walaupun bimbang dengan ekonomi semasa.

“Saya mahu terus mencari peluang dalam bidang IT — melakukan apa yang saya minati,” ujarnya.

Program DYF dan sokongan berterusan kepada alumni mencerminkan usaha SIT membina graduan tangkas, berdaya tahan, dan bersedia menghadapi masa depan yang sentiasa berubah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg