Pelan kesihatan peribadi bagi murid Darjah 4, 5 dan prasekolah mulai Jan 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelan kesihatan peribadi bagi murid Darjah 4, 5 dan prasekolah mulai Jan 2026

Sebahagian usaha bantu mereka jalani hidup sihat, kurangi risiko penyakit apabila dewasa
Jan 21, 2026 | 7:48 PM

Pelan kesihatan peribadi bagi murid Darjah 4, 5 dan prasekolah mulai Jan 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kesihatan, kanak-kanak, Sihat Membesar SG, darjah 4, darjah 5, prasekolah
Skim ini akan dilaksanakan secara berperingkat di prasekolah dan dijangka melibatkan sekitar 1,800 prasekolah menjelang akhir 2026. - Foto ST

Semua murid Darjah 4 dan Darjah 5 di sekolah rendah, berserta kanak-kanak prasekolah K1 dan K2, bakal menerima pelan kesihatan peribadi bermula Januari 2026. Inisiatif nasional ini bertujuan memupuk pilihan sihat sebagai gaya hidup, sekali gus mengurangkan risiko penyakit pada masa hadapan.

Pelaksanaan skim ini akan diperluas secara berperingkat di prasekolah, menjangkau sekitar 1,800 buah menjelang akhir 2026. Ini diumumkan dalam kenyataan bersama Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Pendidikan (MOE), dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 21 Januari.

“Tahun-tahun prasekolah merupakan tempoh yang kritikal kerana keutamaan dan tabiat dibentuk pada peringkat ini, dan seterusnya menjadi asas kepada kesihatan sepanjang hayat,” menurut kenyataan tersebut. 

Kajian, termasuk ‘Membesar di Singapura ke Arah Kesihatan yang Lebih Baik’ (Growing Up in Singapore Towards Healthy Outcomes), membuktikan bahawa tingkah laku sihat paling berkesan dipupuk sejak usia muda.

Kira-kira 80,000 murid Darjah 4 dan 5 akan meraih manfaat daripada Pelan Kesihatan pada 2026, yang disepadukan dengan program saringan kesihatan sekolah.

“Langkah ini akan memperkukuh usaha membantu pelajar mengamalkan tingkah laku sihat sepanjang perkembangan mereka,” menurut kenyataan itu.

Inisiatif Sihat Membesar SG (Grow Well SG), yang dilancarkan pada Januari 2025, bertujuan memperkasa keluarga untuk membimbing anak-anak masa skrin, mengamalkan pemakanan seimbang, kekal cergas dan mendapat tidur yang mencukupi. 

Usaha ini disokong padu oleh prasekolah, sekolah, institusi kesihatan dan masyarakat.

Program ini juga menekankan nilai hubungan kukuh dalam keluarga, dan ikatan sosial dengan rakan sebaya, elemen penting dalam gaya hidup sihat. 

Matlamat utamanya ialah mencapai keseimbangan dalam pemakanan, tidur, dan senaman.

Kira-kira 114,000 murid telah menerima pelan kesihatan mereka pada 2025.

Bagi kanak-kanak K1 dan K2, inisiatif ini telah dirintis di enam prasekolah pada Julai 2025, melibatkan sekitar 840 kanak-kanak. 

Menurut kenyataan bersama terbaru, ibu bapa dan pengendali prasekolah memberikan maklum balas positif terhadap projek perintis tersebut.

Pelan kesihatan ini menyediakan panduan gaya hidup yang disesuaikan dengan minat dan tabiat setiap kanak-kanak, berdasarkan soal selidik yang diisi oleh ibu bapa pada awal tahun. 

Kakitangan penjagaan kesihatan akan memberi “saranan gaya hidup” semasa program saringan kesihatan sekolah tahunan anjuran Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

Untuk memperluas pembelajaran di rumah, ibu bapa akan dibekalkan bahan aktiviti untuk membantu anak mereka mengukuhkan tabiat sihat.

Prasekolah pula akan dibekalkan set bahan rujukan bagi menggalakkan amalan sihat di sekolah.

Mulai 2027, bagi murid darjah 6, sekolah akan menggunakan pelan kesihatan yang diterima murid pada tahun-tahun sebelumnya serta bahan rujukan bagi guru bagi membincangkan pilihan gaya hidup untuk mengekalkan tabiat sihat.

Ini akan melengkapi mesej kesihatan yang disampaikan melalui kurikulum sekolah, termasuk pendidikan jasmani serta pendidikan watak dan kewarganegaraan.

Ibu bapa digalakkan menggunakan pelan kesihatan anak sebagai panduan perbualan bagi mengukuhkan tabiat sihat di rumah. 

Maklumat lanjut boleh didapati di https://go.gov.sg/childhealthplan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg