Penunggang motosikal boleh guna pengecaman wajah lepasi imigresen di Woodlands

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal boleh guna pengecaman wajah lepasi imigresen di Woodlands

ICA akan mula percubaan di 2 lorong motosikal di zon ketibaan Pusat Pemeriksaan Woodlands
Jan 26, 2026 | 7:25 PM

Penunggang motosikal boleh guna pengecaman wajah lepasi imigresen di Woodlands

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Woodlands, imbas, jari, wajah
Di bawah percubaan ini, penunggang motosikal yang memasuki Singapura boleh menggunakan pengecaman wajah sebagai ganti pengimbasan cap jari untuk melepasi kaunter imigresen. - Foto ICA

Penunggang motosikal kini boleh melepasi imigresen dengan lebih pantas di Pusat Pemeriksaan Woodlands menggunakan teknologi pengecaman wajah.

Dalam satu hantaran Facebook pada 26 Januari, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengumumkan ia akan memulakan satu percubaan di dua lorong motosikal di zon ketibaan Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Di bawah percubaan tersebut, yang bermula pada 26 Januari, penunggang motosikal yang memasuki Singapura boleh menggunakan pengecaman wajah sebagai ganti pengimbasan cap jari untuk melepasi imigresen.

Percubaan ini bertujuan “mempercepatkan dan memudahkan pelepasan imigresen sambil mengekalkan keselamatan sempadan”, menurut hantaran Facebook itu.

Tiada persediaan awal diperlukan untuk menyertai percubaan ini, yang akan dibuka kepada penduduk Singapura, pemegang pas lawatan jangka panjang serta pelawat asing yang pernah memasuki negara ini sebelum ini.

ICA turut menambah papan tanda akan dipasang di lorong motosikal yang ditetapkan dan pegawainya akan bersiap sedia membantu penunggang motosikal sepanjang tempoh percubaan.

Bagi menggunakan sistem pengecaman wajah ini, penunggang perlu mengimbas kod QR aplikasi mudah alih MyICA atau pasport mereka, mengangkat pelindung topi keledar, serta menanggalkan cermin mata hitam atau pelitup muka sebelum melihat ke arah kamera untuk imbasan wajah.

Menjawab pertanyaan daripada The Straits Times (ST), ICA berkata tempoh percubaan tersebut akan bergantung kepada maklum balas yang diperolehi sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg