Perang di Timur Tengah: 42 pelajar warga S’pura di Jordan pulang dengan pesawat RSAF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perang di Timur Tengah: 42 pelajar warga S’pura di Jordan pulang dengan pesawat RSAF

SAF lengkap operasi bawa pulang 299 warga S’pura dan keluarga mereka menerusi dua penerbangan khas
Mar 13, 2026 | 8:28 AM

Perang di Timur Tengah: 42 pelajar warga S’pura di Jordan pulang dengan pesawat RSAF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ibu bapa Cik Saadiah Mohd Habib (kiri), dan Raja Muzaffar Raja Rosli (kanan) menyambut puteri mereka, Raja Nur Syakirah Raja Muzaffar Raja Rosli (tengah) di balai ketibaan Terminal 2, Lapangan Terbang Changi, pada 13 Mac.
Ibu bapa Cik Saadiah Mohd Habib (kiri), dan Raja Muzaffar Raja Rosli (kanan) menyambut puteri mereka, Raja Nur Syakirah Raja Muzaffar Raja Rosli (tengah) di balai ketibaan Terminal 2, Lapangan Terbang Changi, pada 13 Mac. - Foto BH oleh SYED MUHAMMAD FIRDAUS

Seramai 81 warga Singapura dan keluarga mereka yang terkandas di Timur Tengah akibat perang yang kian meruncing telah dibawa pulang ke tanah air dengan pesawat tentera pada 13 Mac.

Lebih separuh daripada mereka, atau 42 orang merupakan pelajar dari dua universiti di Jordan, Universiti Jordan dan Universiti Yarmouk.

Mereka adalah kumpulan kedua yang dibawa pulang dengan pesawat Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang dikerah khas ke Jeddah, Arab Saudi.

Penerbangan khas SAF14 itu mendarat di Lapangan Terbang Changi sekitar 6 pagi selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah sekitar 4.30 petang (waktu tempatan) pada 12 Mac.

Balai ketibaan di Terminal 2 di Lapangan Terbang Changi bertukar menjadi lebih riuh apabila keluarga yang sedang menanti melihat orang tersayang keluar.

Antara mereka ialah pelajar Universiti Yarmouk di Irbid, Jordan, Raja Nur Syakirah Raja Muzaffar Raja Rosli yang disambut oleh ibu bapa beliau, Cik Saadiah Mohd Habib dan Raja Muzaffar Raja Rosli.

Tidak dapat menahan sebak, Raja Nur Syakirah bergegas memeluk ibunya sebaik sahaja anak-beranak itu bertemu.

Kesemuanya, RSAF telah membawa pulang 299 warga Singapura dan keluarga mereka dari Timur Tengah dalam operasi yang bermula pada 10 Mac.

Mereka terkandas di sana selepas perang tercetus di Timur Tengah pada 28 Februari, memaksa penutupan ruang udara dan pembatalan kebanyakan penerbangan komersial.

Operasi tersebut, yang melibatkan dua penerbangan ke Arab Saudi - Riyadh pada 10 Mac dan Jeddah pada 12 Mac telah dilengkapkan dengan berjaya, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya.

Dalam kenyataannya pada 13 Mac, Mindef berkata ia dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) terus bersedia untuk mempertahan keselamatan warga Singapura.

Dalam pada itu, sekumpulan warga asing dari Australia, Brunei, Indonesia, Filipina, Sri Lanka dan Vietnam turut mengikuti penerbangan RSAF itu pada 13 Mac.

Mindef berkata selepas mengutamakan warga Singapura dan keluarga mereka, ia juga telah mengadakan tempat dalam penerbangan untuk warga asing tersebut.

Ini dilakukan atas sebab perpaduan dengan negara lain, sebagaimana negara-negara itu telah membantu warga Singapura pulang dalam krisis lain, tambah Mindef.

Kesemuanya, Singapura telah menghantar empat penerbangan khas untuk membawa pulang warga Singapura dari Timur Tengah sejak 7 Mac.

Dua penerbangan tersebut - pada 7 Mac dan 8 Mac, dilaksanakan oleh SIA dari Muscat, Oman. Dua lagi penerbangan dilaksanakan oleh SAF yang menghantar pesawat RSAF ke Saudi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg