Permintaan untuk kurma termasuk di luar Ramadan telah menunjukkan trend meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan tempoh Covid-19 muncul sebagai titik perubahan utama dalam corak pemakanannya.

Menurut pengedar, peruncit, serta rangkaian pasar raya tempatan yang dihubungi Berita Harian (BH), kurma – yang sering dikaitkan dengan amalan berbuka puasa semasa Ramadan – kini semakin kerap dimakan di luar bulan suci itu.