Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Belanjawan 2026 di Parlimen pada 12 Februari.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 29 Disember, ucapan Encik Wong akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan radio, dan pautan siaran web langsung di laman web Belanjawan Singapura.
Pengumuman utama daripada kenyataan Belanjawan itu akan dimuat naik ke wadah media sosial MOF.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg