Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Wong temu Presiden Filipina, teroka kerjasama dalam AI, ekonomi hijau, digital
PM Wong temu Presiden Filipina, teroka kerjasama dalam AI, ekonomi hijau, digital
PM Wong temu Presiden Filipina, teroka kerjasama dalam AI, ekonomi hijau, digital
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menerima kunjungan Presiden Filipina, Encik Ferdinand Marcos Jr, di Istana pada 15 Julai sempena lawatan kerja beliau ke Singapura.
Lawatan dari 14 hingga 16 Julai itu merupakan kunjungan keempat Encik Marcos ke sini selaku presiden.
Menerusi satu hantaran di Facebook pada hari yang sama, Encik Wong menekankan bahawa Singapura dan Filipina berkongsi hubungan dua hala yang kukuh dan kini semakin berkembang.
Sesuai dengan itu, beliau berkata Singapura kekal sebagai antara pelabur asing terbesar di Filipina, selain melihat potensi besar untuk memperdalam kerjasama dua hala dalam bidang masa hadapan seperti kecerdasan buatan (AI) serta ekonomi hijau dan digital.
Kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai usaha memperkukuh hubungan akrab yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara, tambah Encik Wong.
Memandangkan Filipina kini memegang jawatan Pengerusi Asean sebelum diambil alih oleh Singapura pada 2027, Encik Wong menegaskan semula kerjasama antara kedua-dua negara itu.
Ini untuk memastikan peralihan kepimpinan yang lancar, sekali gus memperkukuh perpaduan dan daya tahan Asean dalam menghadapi landskap dunia yang semakin tidak menentu.
