Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gan Siow Huang mohon maaf atas insiden jabat tangan di festival budaya Kantonis

Jun 8, 2025 | 7:33 PM
Gan Siow Huang, shake hand
Satu video yang disebar di Internet menunjukkan Cik Gan Siow Huang pada mulanya tidak berjabat tangan dengan seorang lelaki yang memakai kemeja-T merah sejurus selepas lelaki itu membantu beliau menutup pintu keretanya. Namun beliau berjabat tangan dengan lelaki tersebut selepas itu. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO

Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Gan Siow Huang (gambar) telah memohon maaf menyusuli satu insiden berjabat tangan.

Satu video yang disebar di Internet baru-baru ini menunjukkan beliau keluar dari kereta dan disambut oleh lapan lelaki, termasuk seorang yang memakai kemeja-T merah.

Cik Gan berjabat tangan dengan seorang lelaki lain, sementara beliau turut disapa oleh salah seorang anggota kumpulan tersebut.

Lelaki yang memakai kemeja-T merah lalu membantu Cik Gan menutup pintu kereta sebelum menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

Namun, Cik Gan berjabat tangan dengan seorang lelaki lain yang sedang diperkenalkan kepada beliau, sebelum beliau berjabat tangan dengan lelaki yang memakai kemeja-T merah.

Cik Gan juga berjabat tangan dengan lelaki lain dalam kumpulan itu.

Bercakap kepada The Straits Times pada 8 Jun, Cik Gan, yang merupakan Anggota Parlimen (AP) SMC Marymount, berkata insiden itu berlaku pada 17 Mei.

Beliau sedang menghadiri Festival Budaya Peck San Theng yang diadakan buat julung-julung kali di bangunan Peck San Theng di Bishan.

Pesta Budaya Kantonis itu dianjurkan oleh Kwong Wai Siew Peck San Theng, iaitu institusi budaya berusia 155 tahun yang diuruskan oleh 16 persatuan suku Kantonis.

Cik Gan berkata ia adalah lawatan beliau yang pertama ke Peck San Theng dan beliau sedang cuba mengenal pasti hos Peck San Theng semasa disambut oleh kumpulan lelaki itu.

“Apabila saya keluar dari kereta, saya sedang cuba mengenal pasti hos Peck San Theng dan berjabat tangan dengan hos terlebih dahulu,” kata beliau.

“Saya berasa sedikit terjejas dengan kumpulan besar yang menyambut saya apabila saya keluar dari kereta. Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada lelaki yang memakai kemeja-T merah kerana terlambat berjabat tangan dengannya,” tambah beliau.

Video tersebut telah disebar di media sosial, dengan satu hantaran di TikTok ditonton lebih 185,000 kali dalam sehari selepas ia diterbitkan pada 7 Jun.

Ramai netizen berkata mereka menganggap perbuatan Cik Gan angkuh dan tidak hormat.

Cik Gan berkata beliau berterima kasih kerana menerima undangan ke festival itu dan sambutan meriah yang diberikan kepadanya.

Beliau juga telah memohon kepada penganjur agar menyampaikan permohonan maaf beliau kepada lelaki yang memakai kemeja-T merah itu kerana beliau kini berada di luar negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg