Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos gembleng tenaga masyarakat melalui gerakan M³

May 22, 2025 | 7:10 PM
masagos, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, mp
Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura dari 2018 hingga Mei 2025. - Foto fail

Mengambil alih daripada Dr Yaacob Ibrahim, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura keempat.

Beliau memegang jawatan tersebut dari Mei 2018 hingga Mei 2025.

Encik Masagos melangkah masuk ke arena politik pada Pilihan Raya Umum 2006 (GE2006), sebagai sebahagian pasukan lima anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang bertanding di GRC Tampines.

Sejak itu, beliau telah memenangi tiga pilihan raya berikutnya dan telah memegang pelbagai jawatan di pelbagai kementerian.

Ini termasuk sebagai Setiausaha Parlimen Kanan di Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Beliau juga pernah memegang jawatan dalam Kementerian Ehwal Luar (MFA) serta Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR).

Pada 9 April 2015, Encik Masagos dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri. Pelantikannya menandakan kali pertama dalam sejarah Singapura, di mana terdapat dua menteri Melayu dalam Kabinet – seorang lagi Dr Yaacob Ibrahim.

Sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos memainkan peranan besar dalam mempertingkat taraf masyarakat Melayu/Islam di Singapura, terutamanya dalam menggembleng tenaga masyarakat melalui gerakan M Kuasa Tiga (M³) untuk membina sebuah masyarakat gemilang.

Ini termasuk sumbangannya dalam pembangunan masyarakat dan dalam bidang agama, melalui pembangunan asatizah, di samping meneruskan inisiatif seperti Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS), serta mengusahakan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).

Beliau turut memainkan peranan dalam Pasukan Bertindak SGTeguhBersatu semasa pandemik Covid-19.

Pasukan itu dibentuk demi memastikan bantuan peringkat nasional sampai kepada masyarakat Melayu/Islam, dan menerajui inisiatif khusus untuk masyarakat di tengah-tengah pandemik.

Kini, Encik Masagos merupakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, jawatan yang telah dipegangnya sejak 2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg