Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Dewan Negara Vietnam lawat S’pura

Dec 4, 2024 | 4:05 PM
Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng (kanan), menerima menerima kunjungan Presiden Dewan Negara Vietnam, Encik Tran Thanh Man.
Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng (kanan), menerima menerima kunjungan Presiden Dewan Negara Vietnam, Encik Tran Thanh Man. - Foto PARLIMEN SINGAPURA

Presiden Dewan Negara Vietnam, Encik Tran Thanh Man, telah bertemu Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, semasa lawatannya ke Singapura.

Lawatannya ke Singapura pada 1 hingga 3 Disember itu adalah atas undangan Encik Seah, dan merupakan lawatan rasmi pertamanya ke negara ini sejak beliau menggalas jawatan barunya itu pada Mei.

Beliau diiringi ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, serta wakil dari pelbagai kementerian dan Dewan Negara.

Kali terakhir kedua-dua pemimpin itu bertemu adalah pada Perhimpunan Agung Persatuan Antara Parlimen Asean ke-45 di Laos pada Oktober.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Parlimen pada 4 Disember, kedua-dua pemimpin itu telah bertemu dan mengesahkan hubungan kukuh Singapura dan Vietnam, dan komitmen mereka untuk meningkatkan hubungan kededua negara.

“Mereka membincangkan peningkatan hubungan pada Perkongsian Strategik Komprehensif dan bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama merentasi pelbagai sektor, termasuk hubungan ekonomi, pertukaran pendidikan serta bidang baru muncul seperti tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi digital.

“Mereka juga bertukar-tukar pandangan mengenai keselamatan serantau dan isu sejagat, menekankan komitmen bersama mereka terhadap kestabilan dan kemakmuran serantau,” tambah kenyataan itu.

Lawatan Encik Man turut diterima beberapa Anggota Parlimen (AP) lain termasuk Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten), Encik Patrick Tay (Pioneer), Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio), Encik Louis Chua (GRC Sengkang), Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) dan Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang).

Semasa pertemuan bersama Encik Man, Encik Seah turut menganjurkan jamuan makan tengah hari untuk delegasinya serta lawatan ke Gardens By the Bay, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gardens By The Bay, Encik Felix Loh.

Encik Man turut bertemu Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa lawatannya di sini.

Dalam hantaran di Facebook pada 2 Disember, Encik Wong berkata Vietnam adalah rakan baik Singapura dan berkongsi pandangan bersama mengenai isu serantau dan pelbagai hala.

“Kita mempunyai kerjasama yang meluas merentasi pelbagai sektor termasuk hubungan ekonomi yang kukuh dengan 18 Taman Perindustrian Vietnam-Singapura kita.

“Saya tidak sabar untuk mengumumkan peningkatan hubungan kita kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada tahun depan (2025),” kata Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg