Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Program Ramadan SalamSG disambut baik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Ramadan SalamSG disambut baik

Apr 14, 2024 | 05:30 AM



Program sepanjang Ramadan yang dianjurkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan masjid setempat di bawah gerakan SalamSG telah mendapat sambutan menggalakkan, dengan penyertaan baik bagi program utama seperti Quran Hour dan Night of Power.


Pengerusi kempen tersebut, Encik Izuan Mohd Rais, memberitahu Berita Minggu (BM) bahawa sambutan baik itu “mencerminkan bahawa program-program yang dijalankan berupaya memenuhi keperluan kerohanian penduduk Muslim setempat”.


“Alhamdulillah penyertaan jemaah dalam program-program SalamSG dalam Ramadan ini sangat menggalakkan, dalam memakmurkan masjid dan tumpuan utama untuk masyarakat Islam kita berkumpul dan menunaikan ibadah mereka sepanjang Ramadan lalu,” katanya.

Menurutnya, acara Quran Hour atau Sejam Bersama Quran yang diadakan di 36 masjid secara serentak sempena Nuzul Quran telah menarik penyertaan lebih 2,800 jemaah.


Ini satu peningkatan lebih 35 kali ganda berbanding sekitar 80 peserta di empat masjid yang menganjurkannya pada 2023.

Program pada 27 Mac itu antara lain berharap dapat memupuk rasa perpaduan melalui bacaan Al-Quran bersama-sama.

Acara Night of Power pada 6 April yang bertujuan memperingati malam lailatulqadar juga telah mendapat sambutan menggalakkan dengan sekitar 3,500 jemaah mengambil bahagian secara fizikal di empat masjid yang menganjurkannya.


Encik Izuan berkata masjid dan Muis telah bekerjasama untuk menganjurkan acara dan program Ramadan yang bermanfaat dan mudah disertai jemaah.

Melalui kerjasama strategik Rangkaian Komunikasi Masjid, maklumat telah disediakan melalui portal sehenti untuk menjangkau kepada lebih ramai jemaah, katanya.

Rangkaian itu merupakan usahasama pasukan komunikasi Muis dan pegawai perhubungan pemasaran masjid-masjid bagi menghasilkan mesej dan kandungan relevan menerusi pelbagai wadah media sosial yang memberi manfaat kepada jemaah dan masyarakat.

“Ia berupaya menyebar luas maklumat tentang program dan acara Ramadan yang dianjurkan masjid. Selain itu, rangkaian itu turut berusaha menghasilkan kandungan digital yang dimuat naik ke wadah media sosial supaya menarik lebih banyak minat dan penyertaan masyarakat,” kata Encik Izuan.

Program lain yang dianjurkan Ramadan lalu ialah SalamSG Gives, di mana kakitangan masjid dan sukarelawan mengedarkan kuih dan kek Raya kepada keluarga memerlukan serta membantu mereka membuat persiapan Hari Raya.


Cabaran Belia Ramadan turut diadakan bagi anak muda meraih pemahaman lebih mendalam tentang bulan puasa.


Pada 9 April, Masjid Al-Islah di Punggol telah menganjurkan acara bagi menyambut malam Raya dan semangat perpaduan dalam masyarakat melibatkan sekitar 500 peserta.

Jemaah telah membawa makanan untuk dinikmati bersama relawan masjid sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >