Pusat Penjaja Chomp Chomp yang terletak di Serangoon Gardens, akan ditutup selama tiga bulan bermula 27 Oktober.
Penutupan ini adalah bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf, yang dijadualkan berlangsung sehingga 26 Januari, menurut satu notis di laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Kali terakhir pusat penjaja itu melalui penutupan seperti ini ialah pada awal 2017, dan ia dibuka semula beberapa bulan kemudian pada April 2017, lapor The Straits Times (ST).
Selain Pusat Penjaja Chomp Chomp, tiga lagi lokasi turut ditutup sementara pada Oktober.
Pusat penjaja di blok 79 dan 79A di Circuit Road, Pasar Redhill serta Pusat Makanan Redhill kini sedang menjalani kerja-kerja pembaikan dan naik taraf.
Ketiga-tiganya telah ditutup sejak 1 Oktober dan akan tutup sehingga 31 Disember, menurut NEA yang menguruskan pasar dan pusat penjaja.
Sementara itu, pada Disember, Pusat Makanan Pasir Panjang juga akan ditutup bagi kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan.
Menurut laman web NEA, penutupan itu akan berlangsung dari 1 Disember 2025 hingga 28 Februari 2026.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg