Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rahayu dapat kepuasan tabur bakti di kejiranan ‘dikelilingi’ pelbagai ruang hijau

Mar 8, 2025 | 5:30 AM
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata kawasan nun hijau seperti di Bukit Gombak, Bukit Batok dan Taman Tasik Jurong merupakan antara daya tarikan bagi penduduk.
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata kawasan nun hijau seperti di Bukit Gombak, Bukit Batok dan Taman Tasik Jurong merupakan antara daya tarikan bagi penduduk. - Foto BH oleh KHALID BABA

Sama ada kawasan barat atau timur Singapura lebih baik dijadikan tempat tinggal mungkin menjadi perbahasan hangat antara sebahagian warga di sini.

Namun, bagi Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, jawapannya adalah jelas – kawasan barat menjadi pilihannya.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, berkata kawasan undi Batok East yang diterajuinya, dikelilingi kawasan nan hijau seperti Bukit Gombak, Taman Alam Bukit Batok dan Taman Tasik Jurong.

Malah, menurut Cik Rahayu, penduduk di kawasan itu boleh berjalan kaki sahaja untuk menikmati taman alam semula jadi.

Ini secara tidak langsung menyumbang kepada persekitaran tenang dalam kawasan kejiranan itu, ujarnya, sambil menambah ia antara sebab yang menarik sebahagian keluarga berbilang generasi memilih untuk tinggal di sana.

Cik Rahayu, 45 tahun, berkata: “Ramai dalam kalangan penduduk di sini sudah menetap di kawasan ini sekian lama dan keluarga mereka juga tinggal berdekatan dengan ibu bapa.

“Saya lihat sesetengah keluarga, ada dalam kalangan anak mereka tinggal di satu blok, adik-beradik di blok berdekatan.

“Seronok sebenarnya dapat kenal masyarakat di sini dan rata-ratanya orangnya peramah.”

Cik Rahayu berkongsi demikian semasa bersembang dengan Berita Harian (BH) untuk Siri Bersama AP menjelang Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Beliau, yang membina kerjaya sebagai seorang peguam sebelum menceburi politik, telah berkhidmat di Bukit Batok East sejak pasukan PAP memenangi GRC Jurong pada Pilihan Raya Umum 2015.

Selepas dua penggal berkhidmat sebagai AP, Cik Rahayu berkata pembangunan prasarana di kawasan itu telah mengambil kira keperluan penduduk warga emas. Hampir 20 peratus penduduk di sana dijangka berusia 60 tahun dan ke atas pada 2025, menurut statistik Jabatan Perangkaan.

Bukit Batok East juga merupakan antara 16 kawasan yang kini diiktiraf sebagai Masyarakat Mesra Demensia di bawah inisiatif Pergerakan Dementia-FriendlySG (DFSG).

“Apabila dilihat dari segi keutamaan untuk membangunkan infrastruktur, kawasan ini mungkin berada di tahap lebih rendah.

“Memandangkan semakin ramai penduduk menua, penting untuk kami memperbaiki infrastruktur untuk memenuhi keperluan mereka,” ujar Cik Rahayu, sambil menunjukkan BH lif yang baru dibina pada lewat 2024 di samping jejantas di Bukit Batok East Avenue 6.

Beliau menambah: “Ini adalah antara perkara yang sudah ditambah baik di sini dari segi prasarana, yang saya cuba usahakan tahun demi tahun.”

Selain membangun prasarana, Cik Rahayu juga menerajui usaha sokongan lain bagi penduduk, termasuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup.

Pada 2024, beliau melancarkan Kelab Belanja yang membantu penduduk membeli makanan dan peralatan rumah pada harga lebih murah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg